Perasaan aku

Writer block !!!... Chewahhhh...... 

Kenapa saya tak jadi jutawan

Sebelum aku bercerita lebih panjang, aku pasti majoriti di antara kita semua bermimpi nak jadi jutawan. Kepada yang berjaya tahniah dan kepada yang masih berusaha juga tahniah dah teruskan usaha. Tajuk di atas bukannya bermaksud aku hendak berkongsi tentang diri aku yang tak jadi jutawan. Ia hanyalah tajuk buku yang aku baru habis baca pada hari ini hasil nukilan dr nik rahim nik wajis.



Pertama kali aku tertarik dengan buku ni kerana tajuk nya yang bagi aku lain dari yang lain. Masa tu aku tengah membelek buku buku di sebuah pusat beli belah berhampiran dengan rumah. Terus aku baca sipnosis dia di bahagian belakang, tengok harga dan belek isi sikit. Ya aku suka belek isi dalam buku kerana selain daripada nak tengok bab-bab yang ada. Aku juga tengok jenis perkataan @ font dan warna. Kalau berwarna warni dan perkataan yang jarang2. Aku selalunya tak beli. Aku suka isi buku yang padat biarpon tak bergambar.

Buku ini menceritakan kisah peribadi penulis tentang pengurusan kewangan. Bagaimana penulis menceritakan aspek aspek yang mungkin jarang dikupas oleh penulis lain dan semuanya berdasarkan kisah yang penulis sendiri lalui. Penulis tidak malu malu untuk berkongsi cerita tentang kelemahan atau kesilapan diri demi untuk memberi kefahaman kepada pembaca tentang ilmu-ilmu yang ingin disampaikan. Bagi aku itu adalah sesuatu yang berani kerana tidak ramai yang suka bercerita kisah sendiri lebih lagi jika melibatkan kesilapan atau kegagalan. Pembaca mungkin akan tidak bersetuju beberapa point yang di sampaikan tapi secara keseluruhan ia adalah sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama masyarakat. Aku sendiri terbuka mata bila baca buku ini. Banyak pengetahuan yang boleh di ambil dan di praktikkan untuk meningkatkan ilmu tentang pengurusan kewangan. Apa-apa pun ini adalah pendapat peribadi aku dan orang lain mungkin ada pendapat tersendiri. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat kecuali tokey tokey skim cepat kaya, pusat beli belah dan tokey kedai jual kereta.

Sekian


34 Tahun 2017




Setelah 8 tahun menulis di blogger.com, ini adalah posting aku yang ke 90 , pertama untuk 2017, tak produktif tetapi masih sayang nak melepaskan, kalau dahulu pc jadi tempat mengarang, kini smartfon telah mengambil alih tugas , teknologi telah memudahkan hampir segalanya. Segala gala hanyalah di hujung jari jemari. Semoga aku akan lebih rajin menulis di blog yang daif ini

Tahun 2017 tidak banyak membawa perubahan berbanding tahun tahun yang sebelumnya . Aku masih sendiri ditemani ibubapa, masih berhutang keliling pinggang yang tidak pasti bila akan surut, perbezaan nya adalah uban di kepala yang semakin banyak dan perut yang semakin kedepan. Sejak remaja lagi rambut aku dah beruban tapi bila da banyak macam sekarang ni, rasa risau pon ada. Risau dah beruban pon tak kahwin kahwin lagi.

Hari ini adalah hari pertama tahun baru islam, tidak banyak yang aku rancangkan , cuma mahu berubah menjadi insan yang lebih baik. Banyak kesalahan dan dosa diri ini sepanjang bernafas di bumi tuhan. Semoga keimanan diri ini bertambah mengikut pertambahan usia.

Sekian..

Set up

Alhamdulillah. Parcel yang aku order dari UK selamat tiba semalam. Ikutkan ni first time bagi aku untuk segalanya. First time beli barang melalui ebay, first time seriau tunggu barang takut kastam tahan tapi alhamdulillah barang terus sampai rumah. First time cuba nak meniaga. Potensi pendapatan boleh kata tinggi, kalau tengok market , jika produk jalan. Boleh cover kos barang, post, botol, sticker label, masih ada lagi keuntungan .

Produk ape yang aku cuba tolak, atcually lebih kepada beauty produk. Skrg ni cuma ada raw material. Masih mencari beberapa barang untuk jadi produk complete. Kenapa beauty, sebab potensi market memang besar, ni pon collaboration aku ngan kawan pompuan aku. Dia lebih kepada marketing dan aku pulak produk setup.

Sekarang aku masih lagi di tahap belajar dan belajar. Semoga segala di permudahkan Nya. Amin


Part time income

Hai, bertemu kembali kita di dalam blog ini. Kali ini aku nak menyentuh salah satu topik yang paling panas di zaman serba serbi mahal ditambah dengan GST. Ya sempena dengan tajuk kita pada kali ini, pendapatan sampingan atau tepi.

Aku memang tertarik tambahan pula duit selalu kering. Seronok kadang kadang bila tengok orang berniaga income ribu ribu tapi aku tahu cabaran, perancangan dan strategi yang jitu dengan semangat waja amatlah diperlukan. Bukan sedikit orang yang sekadar hangat hangat tahi ayam , kecundang di pertengahan jalan. Malah ada yang belum sempat mula pon.

Kalau aku ingin memulakan ape ape tujuan berkenaan pendapatan sanpingan ini, bisnes online yang aku mungkin akan mulakan. Insyaallah sekarang aku masih dalam proses mencari ilmu. Malas nak terjun tanpa ilmu takut tenggelam hanyut tak timbul timbul.

Seperti biasa lah blog aku ni melalut dia kadang ke tahap unthinkable. Terlalu besar rupanya topik pendapatan sampingan ni. Mungkin aku akan kecilkan kepada sub topik yang lebih mudah untuk di ceritakan. Lagipon bukan korang nak baca panjang panjang pon. Online seller, international business, kastam, tax,  uber, ninja van, jual sayur, ubat, supplement, vitamin, healthy food, kalu aku rajin dan jari tak krem, aku akan sentuh sikit sikit. Penat lak nak taip pakai smartfon ni. Aku rindu Pc aku. Sekian

Berita terkini saat ini




Puchong - 3 pm. Sebiji jentera berat bomba dan sebiji van berat la gak didapati berkejaran ke satu kawasan sebelah taman mas area tepi tumah kedai dipercayai kerana di telefon tentang kecemasan. Setelah merempit sehingga ke lokasi kejadian. Satu kebakaran kecil didapati sedang terjadi. Walaupon tidak nampak api tapi asap agak tebal berkepul kepul bertebaran. Kebakaran haram ini jika tidak terkawal akan mendatangkan haram jadah kepada sekelian warga puchong berhampiran. Pihak bomba terus melakukan kerja penyiraman dan seorang didapati mengambil gambar kerja kerja tersebut mungkin sebagai bukti buat kerja dan untuk tafsir kos kerugian akibat kebakaran. Kebakaran rasa boleh dikawal sebab saya terus berlalu lagipun asap je kan. Harap pelaku dapat di tangkap dan di bawa ke muka pengadilan. Sekian dari saya. 

Aku mahu bercerita

Petang tadi semasa sedang menunggang motosikal yamaha lagenda R1 ke tempat mencari rezeki, tiba tiba fikiran aku menerawang ke blog ni. Teringat yang aku da lama tak mencoret apa apa kisah merapu . Merapu bukan nya sampai tak terjangkau dek akal fikiran manusia dengan keajaiban alam (merapu dah ni).   Terapi merapu dalam kategori tak ada isi yang boleh dijadikan modal, iktibar, pengalaman, duit, kepada sesiapa yang terbaca.

Kenapa tajuk aku mahu bercerita, sebab aku rasa inilah medium untuk aku meluahkan apa yang ada dalam akal fikiran. Terkadang rasa rugi bila buah fikiran dan pengalaman yang berlalu tidak diabadikan dalam buku, diari, album, blog mahupun medium popular masa kini seperti facebook atau instagram. Alangkah indah jika pengalaman diri kita sejak dari saat kita boleh berfikir dapat diabadikan. Banyak kenangan pahit manis , kesedihan kepahitan, kehilangan boleh di kenang dan dijadikan panduan atau mungkin ketawa .

Mungkin sudah terlewat namun tiada penamat yang nyata dan aku mahu bercerita lagi akan segala pengalaman masa akan datang. Aku gembira dengan bercerita. Gambar di bawah tiada apa terkait dengan kehidupan aku, hanya sekadar gambar kosong tanpa kata tetapi jika disulamkan kisah cerita dan momen momen tersurat mahupun tersirat, banyak jalan iktibar atau kontroversi boleh di adun dan di debatkan. Sekian







Isnin 2 Ogos 2016
4.53 pagi