20092009



Hari ini, ahad 20 sept 2009 bersamaan dengan 1430 hijrah merupakan hari untuk umat islam merayakan kemenangan dalam peperangan melawan hawa nafsu sepanjang sebulan ramadan. hari ini juga mempunyai makna yang tersendiri kerana tarikh 20 sept 2009 jika ditukarkan kepada nombor = 20.09.2009. Menarik bukan, aku x pasti bila lagi kita akan berjumpa dengan tarikh secantik ini pada masa akan datang tp yang pasti , tarikh 2009.2009 tidak akan di tempuh lagi oleh kita.

Sambutan raya pada tahun ini untuk diriku adalah secara sederhana sahaja, pada tahun ini aku hanya membeli sepasang baju melayu berwarna coklat di pasaraya sogo . Budget raya pada tahun ini aku lebihkan pada duit raya untuk anak2 buah aku dll. x pelah, biarlah aku bersederhana dalam pakaian pada tahun ini. kira aku nak sedekah lebih la untuk budak2. lagipun aku teringat pesan mak aku, sedekah itulah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak jika ikhlas. x guna jika berpendapatan beribu-ribu sebulan untuk membayar rumah , kereta, bil2 dll tp dalam soal sedekah , kita berat untuk keluar walaupun singgit. Gaji kita yang habis untuk bil2, umah atau kereta iti sesungguhnya hanyalah harta kita di dunia untuk sementara sahaja, itupun kira kita bayar kat orang lain (bank),. kira kita kerja untuk kasi duit kat bank la tetapi tanpa disedari kita sebenarnya miskin di akhirat kerana lupa untuk bersedekah, infak atau zakat kerana sesungguhnya apa yang kita keluarkan untuk sedekah, infak atau zakat itulah sebenarnya harta yang menolong kita nnt di akhirat insyaallah. tetapi apa yang terbaik adalah kita seimbang dalam urusan dunia dan akhirat, takut jika kita tumpukan usaha di akhirat , kita tertinggal pula urusan dunia ini, lain pulak jadinya.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua sahabat yang mengenaliku , yang masih berhubung , yang sudah lama terputus hubungan dengan harapan supaya dapat memaafkan ku jika sepanjang perkenalan kita, terdapat terkasar bahasa, perbuatan , ketidak sengajaan, aku akui aku ini bukannya org yang sempurna dan tidak dapat lari dari membuat kesilapan. kepada yang terputus hubungan, aku sentiasa berdoa agar kita dapat bertemu kembali di masa akan datang terutama sekali kepada rakan-rakan persekolahanku dahulu. Akhir kata selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin.....

Future Stars Will Be Dim

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat dtg ke blog ku yg berwajah baru, mmg lama aku nk mengubah template blog ni tp waktu yg x mengizinkan di tambah kemalasan tahap cipan menyebabkan hasratku sering tergendala. Namun dengan izin Allah S.W.T tercapai gak salah satu impianku. (tukar template pn nk kecoh?.. biarlaaaa.. i x kcau u all pon)

Dalam kita menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan ini, dalam sedar x sedar bulan ramadan semakin menjauhi kita dan bulan syawal kian mendatang , ramai diantara kita yang suke akan kedatangan syawal (termasuk aku) tp jika kita berfikir sejenak, cuba kita hayati apakan yg kita raikan dengan syawal ini. Aku percaya semua mengetahui syawal adalah tanda kemenangan kita setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan tp adakan sambutan kita selaras dengan tuntutan agama kita. Apa yg aku kesalkan adalah baru seminggu puasa tp lagu selamat hari raya dah berkumandang di sesetengah tempat dan lihatlah betapa ruginya kita. Hari pertama bulan syawal juga di namakan hari raya aidil fitri, hari yang di tunggu2 oleh setiap insan baik tua dan muda untuk diraikan bersama2. Namun berapa ramaikan diantara yang menangisi pemergian ramadan, berapa ramaikah yang menyedari akan kerugian yang dialami dengan pemergian ramadan, bulan yang pada penghujungnya tersembunyi 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam lailatulqadar, alangkah bertuahnya kepada insan yang memperolehi nikmat malam lailatulqadar. seumpama kita yg menderma rm 1 di masjid tp seolah2 kita telah menderma rm1000. Kalau rm 10 , amik calculator dan kiralah sendiri kwn2. Bayangkan kwn2 betapa kayanya kita dengan kurniaan rezeki yakni amalan jika kita beribadat di malam trsebut.

Jadi tepuk dada tanyalah selera, gunakan lah malam2 terakhir ini dengan sebaik-baiknya, Mungkin lailatulqadar tersembunyi pada malam2 yang terakhir ini dan tangisilah ramadan yang akan pergi , bukan raikan dengan melampau batas. Tak salah bergembira namun setiap perkara ada batasannya. Sedarlah, ramadan pasti kembali pada tahun hadapan (insyaallah) kepada insan yang menantikan dan merinduinya tp adakan kita masih mampu berdiri untuk menyambutnya. wallahualam. Gunakan lah masa yang kita ada di dunia yang sementara ini. Ingatlah dunia yang sementara ini lah yang menjadi pengukur kepada kehidupan kita di akhirat kelak. Adakah kita tergolong dalam golongan yang rugi atau sebaliknya.

Nukilan aku pada kali ini tiada kaitan dengan tajuk postingku, Future Stars Will Be Dim hanyalah tajuk kepada template wajah baru blogku ini. Aku harap nukilan ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung nya dan terima kasih kepada yang sudi "memfollow" blog ini dan ingat, raya di kampung tu jangan lupakan aku yg x der kampung ni, tiap2 tahun lepas sembahyang raya makan ketupat, bagi duit raya kat anak buah dan tdo, habis boring pakat2 ngan member2 yang boring tahap gaban g tgk wayang same2. Nasib baik sarkis dah kurang kat tv skrg, klau x silap2 leh apply keje sarkis. Bole hafal semua gerakan dalam sarkis tu. Sampai di sini saja nukilanku dan setiap komen amat di alu2kan.

p/s: nukilan ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja.

paradigm

assalamualaikum dan salam sejahtera ku ucapkan, sudah lama aku x post kat blog ni.. bkn aku x der idea nak mencoret barang sepatah dua kata tp kemalasan yang melanda membuat jari-jemariku merasa berat untuk mengklik, menaip dalam blog ini, mungkin inilah yang dinamakan oleh pepatah melayu, hangat-hangat tahi ayam, mula2 memang bersemangat , lama kelamaan lesu dan sebu. namun takan aku nak biarkan blogku ni tinggal separuh jalan saja, mana azam ku ketika saat pertama kali membuat blog ini, "aku ingin menyumbang sesuatu kepada dunia ini melalui penulisan blog", walaupun aku hanyalah ibarat kuman di alam yg luas terbentang ini tp aku percaya akan ada kuman2 yg lalu singgah dan menatap blogku ini walaupun x der ape nilai2 yg boleh di tatapi.

aku x malu untuk mengaku bahawa penulisan blogku ini mmg tahap basi-basa sahaja tp itulah yang terdaya ku lakukan, kurangnya tahap pendidikan dalam bidang sastera dan it memustahilkan ku untuk mencipta blog yang boleh menggegar dunia, tp x salah mencuba dan jangan mudah tunduk pada kegagalan, bak lagu allahyarham pramlee, "buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi". dan maaf kawan2 jika ucapanku sukar untuk difahami, mmg x semua benda kita boleh faham dan x semua benda itu adalah untuk difahami. sememangnya anjakan paradigma itu perlu dalam kita mengharungi kehidupan ini untuk hari2 yang mendatang, kita perlu sentiasa untuk mencuba satu situasi yang baru, perubahan dari satu cara ke cara yang baru, dari sesuatu yang biasa kepada yang lebih baik, dari satu bentuk ke bentuk yang lain, tanpa takutkan kegagalan, dan dengan diiringi doa dan usaha srta tawakal, insyaallah akan ade hasilnya. dan kawan2 semua inilah anjakan paradigma ku. ape2 pun aku nak ucapkan selamat berpuasa dan janganlah lupakan blog anda walaupun anda dah ade facebook.

wasalam