percutian penang (part 1)

assalamualaikum , seperti yang dijanjikan aku akan kembali untuk menceritakan apa yang akan berlaku semasa percutian aku ke penang baru-baru ini, pasti korang semua dah tau minggu ini aku akan bertolak ke penang untuk sama - sama memeriahkan majlis pernikahan member baik aku sejak sekolah menengah , khairul anuar zainudin aka bendul dan untuk makluman korang, macam - macam dugaan yang terjadi sebelum majlis pernikahan bendul ini dapat dilangsungkan dengan jayanya..

untuk meringkaskan dan memudahkan korang baca , aku wat point jer la citer aku ni, penat plak nak taip lama2.. ok terimalah kawan2.. citer ini kepada point of view aku

day 1 ( pre nikah day.. jumaat 27 nov 2009)

8.00am : bangun pagi dengan semangat nak p penang, tapi cam boring plak nak jadi passenger jer, jiwa pelumbaan  kan, hehehe. amik kunci kereta g servis (tukar minyak hitam ngan oil filter je)

2.00 pm : lepas solat jumaat, text message member aku yang nak nikah ni, bendul a.k.a khairul anuar . dia on jer sbb tambah lagi satu kenderaan meriah sikit

2.40 pm. dekat pukul 3 petang aku sampai umah dia , nak g kl amik toyota unser yang dia sewa. pastu terus tolak g banting untuk amik sedara mara dia plak. gen 2 aku membawa aku, bendul, zul bulu dan bapak bendul ke KL (pantai dalam), here we go..

3.15 pm: dalam perjalanan, call brader sewa kereta tu, x dapat.. ermm aku dah rasa lain mcm, bahaya nih, x p perjalan mesti diteruskan dengan perasaan positif tanpa syak wasangka..

3.40 pm: still x dapat contact, kat area pantai dah la besar, jenuh nak cari kompany nih, alamat kompany plak kat bangsar kot, aku saspek ni area umah dia, hurmmm.. raya plak opis tutup. camner nk kol opis

5.30 pm : dah pukul 5 lebih, dah masuk 2 jam lebih kami pusing2 area pantai. aku dah rasa tertipu , pengantin lagi la tensen sangat.. sebagai penyelesaian terakhir, kami beli suratkabar , cari kereta sewa urgent, setelah berpuluh no di dail. alhamdulillah ade satu kompany area chow kit bole kasi sewa kereta, hurmm..bedal jer.. kereta wira sehari rm 140 x 3 = rm 420 (kene amik 3 hari padahal nk pakai 2 hari jer.. hurm.. terpaksa)

7.00 pm: pukul 7 pm bru selesai urusan, aku terus shoot ke rumah, ape pn tak prepare lagi.. stamina untuk drive aku da abis  dari kul 3 sampai kul 7 pusing KL pasal masalah td, leh ker aku drive lg 5 jam nak g penang plak..

9.00pm : member aku koll, dorang dah ondeway nak g banting amik sedara dia, aku pn start kereta, g petronas telok panglima garang, beli coolant dan tunggu dorang, pastu sama-sama gerak ke banting,

10.30pm : makan ketupat sebagai alas perut kat umah sedara dia.. sedap..

11.00pm: g sepang plak , amik sedara yang lagi satu.

11.40pm : berada di highway, kenderaan 4 biji, Wira Evo sebelas bumper belakang lowered, Wira Evo kontot, Naza sukaRia and last my beloved Proton Gen 2 BOXer.. yang best nyer dapat gathering ngan member aku, susah woo nak jumpa, ben, padil mon, redza amud, batok amud, parto , donny aka sehat, zul bulu dan aku ..  penang.. we coming to you..

bersambung lain kali, malas nak taip.. penat tak hilang lagi.. hehehe

10 zulhijjah 1430 hijrah @ 26 november 2009

assalamualaikum, pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha @ hari raya kurban @ hari raya haji  kepada seluruh umat islam di seluruh pelusuk muka bumi ini dan malaysia khasnya.. semoga kedatangan hari raya pada kali ini disambut dengan penuh kesyukuran bersama sanak keluarga tercinta. tak lupa kepada jemaah haji yang sedang melakukan ibadat haji di kota suci mekah. semoga selamat pergi dan baik.amin..
  

Lafaz takbir Hari Raya

lafaz 1

Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.”

Lafaz takbir tersebut disunatkan membaca sebanyak 3 kali. Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:

lafaz 2 

Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”




kusangkakan panas ke petang, rupa-rupanya pagi-pagi dah kena buka peti gajah...

assalamualaikum, hari ini last day kerja untuk minggu ini, esok dah mula cuti bersempena dengan kedatangan hari raya aidiladha, seperti biasa aku tak la excited sangat pasal cuti2 ni . al maklumlah hari-hari aku balik kampung tak macam orang yang kampung jauh beratus-ratus batu tu.. sedang dorang pening nak balik mcmane, ikut jalan mana, banjir ke tak, jam ke tak, aku pula sibuk pikir mane aku nak buat cuti kali ini.. tapi sebelum percutian aku bermula...

time datang kerja pagi tadi, alhamdulillah attendance bebudak aku 100%, so takde la nak pusing kepala sangat, tapi masalah kat tempat L1 unpack plak, budak sampai 5 orang tak datang, GL dia si devan tu dah pusing kepala, aku ikutkan nk buat tak tau jer tapi bos aku pula push suruh aku hantar budak aku support, ermm sape aku nak hntar ek, aku pn discuss la ngan aku nyer partner zero sambil kutuk-kutuk devan tu , tah macam mane bos aku lalu ondeway ke arah kami, aku dengan zero pun trus pergi ke unpacking L1 tu konon nak ushar keadaan sambil tunjuk keperihatinan la, tah macam mana bos aku ni trus amik glove nak support bukak peti , aku dan zero selaku anak buah ni takkan nak tengok sajer, so cepat-cepat la aku tolong sekali, padan  muka aku. kira sampai petang gak la aku buka peti kuarkan barang2 L1 tadi, untuk makluman L1 ni juga dikenali sebagai gajah (name x rasmi), klau name rasmi kat atas jalan pulak ialah van Hiace, so korang leh bayangkan la bapak besor barang-barang L1 tu aku punggah, pecah gak la peluh jantan aku yang bertahun-tahun tersimpan ni. hehehe...

petang pula CCR (central control room) department yang adjust production volume mengada-ngada nak jalan overtime, dah la budak mood nak balik kampung, so kesimpulannya budak aku dari 15 orang cuma 3 jer yang nak Ot, lain semua cabut, nasib baik la production line langsung tak leh jalan, kes cabut beramai-ramai la tu.. PCA report aku yang hampir-hampir terkandas sbb kena buka peti  plak sempat aku siapkan walaupun dengan cara memplagiat karya member aku (mintak izin beb), klau x sape nak datang pagi isnin nanti hantar kat bos . x nak aku..

sok da start cuti, jumaat raya, malam raya mungkin aku tolak ke penang sebab member aku nak menikah.. apa kah yang akan terjadi ketika aku berada disana, jeng jeng jeng.. checkedaoutttt..


hari isnin yang penat..

salam hari ini isnin, keje siang..hurmm.. monday blues kembali lagi, dengan sengalnyer aku melangkah ke tempat kerja seperti biasa, sama seperti hari-hari yang lepas.. malam tadi Team Leader aku awal-awal dah hantar sms masuk lewat sebab paip rumah bocor.. nak beli barang kasi orang repair dulu.. aku tak balas pun. memang aku seorang yang cukup susah nak hantar sms atau angkat call.. sindrom takut talipon kot hehe..

masuk kerja, punch card dan update board, check attendance budak-budak aku. 3 orang mc, tambah sorang leader aku yang masuk lewat..4 orang takde. nampak gaya nya aku kena masuk proses hari ini.. dan kutu-kutu yang mc adalah jenis yang sama juga.. lantaklah.. aku terus capai glove dan buat proses sps.. (set part supply) .. lagipun tak silap aku .. ni lah first time dalam tahun ini aku kene masuk proses, ade sesetengah partner aku tiap-tiap hari masuk proses, kes budak berhenti tapi tak dapat replacement dan volume pula naik mencanak-canak belakangan ni.. syukur alhamdulillah..

last-last leader aku pun hantar sms, anak dia muntah-muntah so dia mc, hurmm..anak muntah , bapak mc, ntah la . nak cakap lebih-lebih aku x jadi bapak lagi..  balik kerja pukul 7.30 pm, kawan aku mintak tolong tunda pergi station minyak. kes member pinjam motor tapi tak reti isi, last-last minyak habis, tolak masuk kilang.. hahaha.. nyaris-nyaris kene langgar dengan unser.. laju gila.. memang bahaya menunda motor ni tapi pasal kawan , aku tolong gak.. sekian sahaja cerita aku.. esok harap-harap manpower ok, leh aku lepak cam biasa.. hehehe.. wasalam



tiada lagi bunyi itu..

assalamualaikum, selamat sejahtera dan semoga sihat sentiasa, seperti biasa.. aktiviti mengupdate blog aku perlu diteruskan dan seperti biasa, blog aku ni semua hanya berkisah tentang perihal diri aku.. nak citer pasal politik, agama ,hal ehwal semasa, antarabangsa atau sukan masih jauh lagi dari jangkauan tangan aku. tetapi aku akan cuba selit kan sedikit demi sedikit pada masa akan datang..

sabtu balik keje je, mcm biasa la aku bkak blog dan fb aku, tapi mata aku mmg dah tak daya nak layan lagi , otak aku pn mcm da stop so aku pn pegi la tido, tah mcmane kul 8. 30 am tu aku tersedar. member aku call suh dtg umah sewa dia, ermm malas la .. ujar ku tetapi dia tetap nak aku temankan dia ..yelahhh..

 time siap2 tu aku teringat psl janji aku kat abg polis haritu, ala yg kantoi tu suh tukar ekzos senyap, ermm di sebabkan aku ni amat terkenal sebagai seseorang yang menepati janji, aku pn bawa la ekzos standard kilang skali, pe lagi tukar la jadi senyap balik, selamat tinggal ekzos peranggggg... sampai je umah dia, aku g minum2 jap dan dipendekkan citer, pas minum je aku trus g kedai Ah Seng kat Bukit Kuda Klang, mmg terkenal di kalangan mat2 keter baik na/turbo/supercas di area klang , shah alam dan maybe zimbabwe.. hehehe..

aku sampai time tu ade sebijik lori alam flora ekzos patah dan kancil nak masuk piping baru kot, pas kete kancil tu siap, keter aku trus naik ramp, lori tu parking tepi lagi sbb anak ah seng kate bil tahun 2007 pn x bayar lagi.. hehehe .. eksoz standard di keluarkan, anak ah seng bersedia dengan spana nak cabut ekzos aku tibe2 aku tanya dia klau nak kasi senyap tapi ekzos takmo tukar standard mcmane ek.. ( pe brg std beb.. hehe).. boleyyy. tambah tabung tengah lagi satu, buka kunci tada bunyi, tekan baru ada bunyi.. racun anak ah seng kat aku.. sedap racun dia, tanpa pikir lama2, (dekat 2 jam aku tunggu kete kancil td siap). aku pn suh dia pasang..

dlm setengah jam gak dia wat kete aku, akhirnya siap dan setelah rm 160 bertukar tangan.. aku pn berambus dari kedai tu dengan perasaan tenang dan damai.. tiada lagi bunyi perang. positif effect boleh berborak ngan awek dlm kete, leh romantik2. klau x mcm dlm kilang, ape yg ko ckp pn ko x leh dgar.. negatif.. tak syok la nak rempit mlm2 pas ni.. ohh. sblom aku terlupa.. ah seng pegi melancong ke negara china selama seminggu meninggalkan anak dia terkial2 modified ekzos sorang2.. hehe


Night - Sky - 2.0

Assalamualaikum ! selamat bersua kembali dalam blog aku yang berwajah baru ni, mlm tadi time aku x der keje sangat nk buat.. malas . aku surf la blogger2 yang ade kat luar sana. iri hati pun ade juga tengok blog dorg yg mantap dan ramai peminat padahal isi pn tahap merapu meraban mcm aku gak, x kisah la kan tp aku cuba2 jenguk templates blog2 yang terbaru, mula2 carik kat pyzam.com, lawa2 tp x sesuai dengan kehendak aku, try btemplates plak, mmg menarik tertarik dan sesuai dengan jiwa blogger dalam diri aku, trus aku save byk2 code yg aku rasa best. pastu balik kejer je aku trus on pc, try satu persatu.. akhirnya aku pilih templates night sky 2.0..

Mula2 mmg pening gak la nk biasakn dengan template baru ni ,agak complicated jugak la.. x pe . pelan-pelan kayuh lama lama sampailah. Dan pada kali ini alhamdulilah, dpt gak aku selamatkan widget2  yang sblm ni aku dah pkai, klau x jd mcm kes yg lepas,tukar tempate jer byk widget yang hilang. nak wat camner.. bru belajar kan, hehehe.. aku harap korang dpt terima blog wajah baru ini dan terima kasih atas segala sokongan kamu semua.. pas ni aku target nak tarik traffic byk2 plak tp mcmane ek.. ermm .. fikir-fikirkanlah..


this is my day.. how's your?

salam , huhuhu.. bz plak aku minggu ni, x terupdate blog aku rupenyer.. ermm.. hujung minggu lepas bole dikatakan aku x lekat kt umah langsung, sabtu keje , balik keje trus bertolak g melaka.. lepak2 jap mlm tu balik ke slgor plak, nak tau ape aku wat kat melaka, x yah la ek.. lom official pon, sampai umah dlm kul 2 pagi, ahad tu aku kuar g kl plak, sogo ader warehouse sales, mmg murah2 la tp aku x beli ape pon, just window shoping jer.. petang tu gerak muaz plak, carik tudung , bkn aku carik, aku driver je.. so i follow.. balik umah dkt tgh mlm plak, pagi tu aku bangun lewat sbb keje malam, tu yg selamber jer . pastu dpt msg dr adik aku. kete eksiden langgor van, tensen nyer.. x pe.. akan aku paw adik aku kaw2 untuk kos repair, bile aku check, 2 - 3 ratus gak la kos dia, hujung taun ni masuk bengkel la, x tercapai la hasrat aku nak beraya ke penang minggu depan. klau g pon tumpang sape2 jer la kot..

selasa pas balik keje jer aku trus g putrajaya, sblm tu singgah shah alam nak beli tiket bas, boleh lak kantoi roadblock, kete aku dah la bunyi perang, mmg dia nak saman ngan kasi surat jemputan ke puspakom la untuk inspection, aku rayu2 sambil wat muke kesian, dia pon kesian kot, x pon mls nak layan,, aku di lepaskan dengan syarat tukar ekzos tu. ok bang klau ade duit tukar la nnt.. lepas aku beli tiket bas trus g putrajaya, alamanda yg lebih tepat, tgk citer 2012, bole tahan la dia nyer CGI, jalan citer bese jer.. ptg tu singgah pasar mlm putrajaya, lepak2 sambil beli kambing bakar. sdap .. aku x g keje ker.. x la.. keje tp masuk halfday, sampai umah kol 10 mlm, tepon aku berdering2 kaw2 bos call, aku wat hati kering jer.. mandi2 pastu tdo, kul 12 bangun g keje, rasa cam bangang plak g keje tgh2 mlm ni

sok pagi aku x OT, trus runner g putrajaya, amik somebody dan hantar ke bus station, sedih r.. balik umah tdo , bgun tdo aku terima surat byk giler, surat jemputan kawin mmber aku la, bil tepon la, offer mcm2 la , dan surat bak islam, kad kredit aku dah accept, aku bukak surat tu,sampai dua aku dapat, visa dan mastercard, bila masa tah aku apply dua, kredit limit rm4000, x tau la kongsi akaun untuk 2 kad ke asing2.. klau asing2 dekat RM8000 aku leh pkai, bahaya tol.. sape nak satu.. angkat tangan.. syarat dia satu jer.. bacakan peraturan yg bank islam kasi kat aku, x paham langsung, english high level tuu..

hari ini aku just layan fb ( tgk sayuran2 ku ) ngan upate blog jer.. k la.. slmat beristirehat, nk tdo jap .. ngantuk la plak.. salam

For smokers only

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat bersua kembali di dalam blog aku ini, blog yang menceritakan kisah suka duka seorang insan dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba ni. sesungguhnya tanpa kecekalan dan ketabahan hati yang jitu, maka akan hanyutlah kita di telan oleh godaan duniawi dan manusiawi.

Amacam intro, gempak x.. hehehe ok lah, tajuk aku kali ini amatlah dekat pd diriku, kalau korang semua nak tau, aku dulu merupakan salah seorang perokok tegar di malaysia ini, klau x kena rokok sehari mcm x lengkap hidup aku. tapi alhamdulillah aku dah berjaya meninggalkan terus alam merokok yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan diri ku dan kesempitan kocek ku.

semuanya bermula ketika aku tingkatan 3, semasa semua remaja sibuk menelaah untuk menghadapi peperiksaan PMR, aku pula telah diperkenalkan kepada rokok oleh seorg kawan aku, sekarang dah x kawan sebab dah lost contact. sememangnya rokok yg di perkenalkan adalah berjenama DUNHILL , rokok rasmi remaja masa kini. tapi time tu aku just layan2 camgtu jer.. pau hisap sepam dua.. segala-gala nya berubah tatkala aku berpindah sekolah. SMTPD memberi aku kebebasan baru. tanpa pengawasan ibu bapa , aku menjadi perokok tetap.. hari 2 mesti pekena.. biar tiada duit makan , janji sentiasa berasap.. Namun aku juga pernah berusaha untuk berenti tetapi paling lama bertahan 2 minggu sahaja. Lepas itu hanyut dalam gelora .

habis sekolah , aku sambung mengambil diploma, situasi sama bagi aku, still perokok tegar cuma dah terdetik hati aku, aku dah bosan hisap DUNHILL , aku mula berubah arah ke jenama lain, macam macam aku cuba, akhirnya MARLBORO LIGHT menjadi rakan baru, lagi kuat aku merokok sebab rokok light ni rasa x puas, klau DUNHILL aku belasah sebatang, MARLBORO light aku pekena 2 batang. lama kelamaan aku da bosan kepada MARLBORO LIGHT, aku cuba kembali kepada DUNHILL tapi dah x boleh masuk rokok lain pun sama dak boleh memberi aku kepuasan.. tiba2 aku teringat kata2 warden sekolah teknik aku dahulu, "orang hisap rokok ni yang lama2 boleh jadi hisap dadah, mula2 rokok, dah tak puas .. upgrade pergi ganja, pastu tak puas lagi, terus cucuk dadah" aku macam tersedar, terus aku cuba bertekad untuk berhenti.. kalau tak silap aku tahun 2002. Aku pun terpikir yang kalau aku lepak rumah je, boleh pula tak hisap rokok, seminggu tak keluar seminggu la tak hisap. kalau sebulan tak keluar, sebulan la aku bersih.. tapi setiap aku melangkah kuar je dari pintu rumah terus singgah kedai beli rokok so aku pun bertekad untuk berhenti dan tak menoleh ke belakang lagi. tambahan pula masa tu rokok naik harga kaw2 pasal budget. student last semester mana ada duit . nak isi minyak motor pun aku mintak mak aku . duit rokok lagi la aku tak ada.

Alhamdulillah kini aku dah berjaya buang tabiat merokok dalam diri aku, aku rasa nafas aku semakin segar tanpa rokok, badan lebih bertenaga. kawan 2 aku pun terkejut aku boleh berhenti padahal dulu aku yang paling kuat hisap rokok. sekarang kalau aku dengar ada org cakap susah nak berhenti rokok. mustahil dan macam2 lagi.aku hanya tersenyum sahaja. percayalah tiada yang mustahil . Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku. satu je effect yang aku tak gemar pasal berhenti rokok ni, aku menjadi kuat makan. berat badan aku semakin naik tapi tak apelah. kesihatan adalah nombor satu. disini aku menyeru semua kwn2 aku. berhentilah.. dan terimalah gambar2 kempen anti rokok yg amat stylo aku jumpa. bukan macam kat kotak rokok tu.. yang di bawah ni amatlah cool bagi aku. Tidak semestinya lelaki tanpa rokok adalah lelaki yg tak cool. aku tetap cool seperti dahulu.. hisap rokok yang tak cool sebenarnya.. hehehe..


























Wibiya toolbars

Assalamualaikum dan selamat malam, sempena bulan baru ini, aku membuat satu lagi improvement untuk blog aku, mungkin ade yg penah dgr psl wibiya toolbars ni, dan mungkin ade yg bru first time jumpa.. aku pn tah mcm mne leh terjumpa ngan gadget yg bg aku menarik, memang macam2 la yang ade dalam gadjet ini, antara nya facebook, rss feed, ttp ape yg paling aku suke adalah berkenaan translator application yg ade.. hehehe.. benda ni boleh translate aku nyer citer merapu ni dalam lebih 20 bahasa utama dunia x silap aku laa, so lepas ni bolehla peminat2 aku yang di oversea tu mendapat info2 terkini berkenaan hal ehwal aku dengan lebih jitu dan tepat.. hahaha.. maunyer mat2 saleh dan minah2 (mcm la ade yg baca..) terguling2 gelak sbb bahasa yang lintang pukang sebab kene terjemah pkai mesin.. hahaha.. mungkin ada yang berpendapat ini boleh merosakkan bahasa tp atleast ini adalah permulaan, mne la tau lepas ni terjemahan benda ni akan semakin mantap dan hebat..

Untuk sesiapa yg nak try application n, just google je wibiya toolbars dan ikut arahan satu persatu.. Selamat mencuba k..