malas nyer

warghhhh.. malasnyer nak update blog. sedar  x sedar dah 2 minggu aku tak buka blog aku ni. bukan aku lupa.. bukan aku tak ada cerita untuk di kongsikan.. tetapi sifat malas dah datang lagi kot.. ape ape pun perjuangan harus diteruskan walaupun bermacam 2 halangan tiba.. ermmm.. leceh gak nak refresh pasal 2 minggu kehidupan aku sebelum ini untuk diterjemahkan balik ke dalam blog.

ok lah aku mulakan dengan aktiviti treasure hunt aku ke melaka. ( jejak hang tuah ). bosan dan x best.. tahun depan malas aku nak ikut dah.. dah la peta salah.. aktiviti mengarut ( ala2 explorece plak ) dan cuaca yang kurang sesuai.. ( hujan sepanjang hari) . kalah plak tu.. kalau menang mesti lain cerita aku kan..

movie terbaru aku tengok adalah avatar.. ape yang aku leh cakap.. antara best movie yang aku penah tengok dan untuk 2009 pula adalah movie terbaik bagi aku.. kalah transformer taw.. so tengok la cepat2.. cgi tahap dewa dan mesej kemanusiaan yang sarat.. apabila keuntungan mengatasi perikemanusiaan.. pengkhianatan dan mcam2 lagi lah.. hahaha..

bonus aku dah dapat untuk tahun 2009 . alhamdulillah ade rezeki aku untuk tahun ni. leh la beli baju sikit2.. banyak yang dah tak muat dalam almari aku.. haha

harijadi aku pun dah lepas. 24/12 thanks la pada yang wish buffday kat aku.. terima kasih banyak2 dan pada yang bagi hadiah pulak.. terima kasih lagi banyak2..

tahniah kepada kawan2 aku yang dah kawin minggu lepas, semoga berbahagia ke anak cucu..
aku bila lagi. ermm.

dah penghujung tahun 2009.. aku dah tau ape azam baru aku untuk tahun depan.. tunggu..

Wrap Up

assalamualaikum dan selamat malam. lama bebenor aku tak update blog aku dengan entry2 terkini dan menggegarkan, nak kata buzy takde la sangat, mungkin penyakit malas aku datang lagi kot, ni pun aku paksa diri aku untuk update juga blog ni, karang rindu plak korang ngan aku, hehe sebetulnye takde ape sangat la yang menarik berlaku pada minggu ini bagi aku, cuma aku da pakai enset baru la,. Xperia X1, baru cocok ngan nama aku yang berakhir ngan Wan @ 1 = X1 , hahaha.. puas hati la aku ngan enset ni, memang hi-tech giler sampai skarang aku  tak fasih lagi ngan function2 henset ni

jumaat cuti umum kat selangor, bos ajak tengok movie storm warrior sambungan kepada storm raiders aka pedang setiawan, jalan cerita ok tapi simple sangat, overall rating. boleh laaa..  pastu semalam aku dah tampat gigi aku yang pecah tinggal separuh time last bulan puasa yang lepas, ingat lagi kan, ingatkan kena ratus-ratusnyer rawatan tapi doktor cuma tampal jer, dia kata ape-ape hal gigi yang ok kena selamatkan dulu, dia siap bagi anggaran 80% ok. kalau tak ok, jangan risau, jumpa dia lagi asalkan duit ada disediakan.. hahaha tak kisah a , janji hensem balik.

siangtadi aku pergi tengok member teknik aku kahwin, jauh gak la dekat sempadan selangor perak sana. overall majlis agak simple la, stail kampung, laut pun sedap tapi ade masalah yang aku tak dapat nyatakan kat sini. ok lah.. minggu depan aku nak pergi treasure hunt di melaka, nantikan sahaja ape kesudahanya k.. chow..

handphone oh handphone

Salam, hari ini jiwa aku cukup kacau skali , serba tak kena aku di buat satu hari ini, selagi aku tak pegang benda tu, selagi itulah fikiran aku akan terus runsing, so petang tadi aku koll member aku zul, target jumpa kat hakim , pastu terus ke alam sentral, aku dah nekad nak beli handset baru hari ini juga. target aku Xperia X1. biase la diehardfan sony ericsson, tapi aku berminat gak dengan 5800 XpressMusic, takpe nanti ade lah yang aku beli, tapi bila aku sampai ke sana dan ushar macam-macam handset, pening kepala aku, terlampau banyak hanset yang gempak2. walau ape pun aku ushar Xperia X1 dulu, takde stock plak, harga dah cantik dalam anggaran RM1350 jer. pusing2 diorang offer Aino, lebih kurang jer tapi tak minat, Satio pulak gempak giler function dah mcm DSLR tapi design plak hampeh, tak der dalam citarasa aku langsung harga pun tak tahan. Htc Touch ader, RM1600 second, baru dekat RM3000, huhuhu, aku nak baru.. N72 RM1500 tapi aku nak ala2 Pda ngan touch screen, dalam pening - pening aku, datang dah pemikiran berlandaskan nafsu aku, angkat N97 jer la, AP dalam RM1750, mini pon dalam RM1700, aku pun memang nak pakai swap duit plastik jer, bayar la ansur-ansur ngan bank. dalam tunggu2 tuh, AP tak der stock pulak, ada yang Ori dalam 2 ribu lebih, ishkk.. tak nak aku,, last2 aku letak downpayment Rm 100, booking stock baru X1 dalam kontena , kaler hitam, balik ke target asal aku, karang menyesal plak angkat yang lain.. aku bajek selasa ni boleh dapat, kira selasa ni aku pakai handset baru r, Sony Ericsson Xperia X1, tak kisah la orang kate dah nak pupus ker, fuction x gempak ker, dah outdated ker, janji aku puas hati.. sbb utama design dia memang champion pastu baru nak berjinak2 dengan smartphone. pelan2 kayuh dulu install software GARMIN leh main gps baru lah tak sesat nak ke rumah pak mentua hehehe, kalau nak beli time dia mula2 keluar harga dalam 3 ribu lebih, aku tak sampai tahap berani mati lagi nak pakai henset harga tahap dewata raya, belilah yang dah nak pupus, baru Rm 1300, Xperia X2 dan X10 pun da nak kuar tapi x mau la aku tunggu, harga confirm leh dapat Laptop baru nan gempak nanti, X1 ni pun dah nak boleh dapat notebook kalau pandai cari.. layan dulu X1 , hujung tahun depan beli X10 plak , harap2 harga dia menjunam kaw2. baru la boleh jadi Android.  wasalam

alhamdulilah..

Assalamualaikum semua, selamat pagi. hehehe.. pagi arr sangat, pejam celik pejam celik sedar- sedar dah hari sabtu, hari yang ditunggu oleh orang seperti aku yang malas bekerja, klau buleh nak tiap-tiap hari adalah hari sabtu dan ahad, tapi mana boleyyyyyyyyyyy.. hehehe.. ikutkan aku malas nak wat pape sabtu yang indah ni, ingat nak layan zzzzzzzz jer.. tapi banyak pula akiviti nak buat hari ni, bayar ansuran kereta la, tgk org kawin la, basuh kereta la.. ermmm..

malam tadi kat tempat kerja aku ade buat fire drill, ala.. latihan kebakaran tuh, dan kalau ikutkan result fail lah, sbb per.. dia nak dalam masa 3 minit dari bunyi loceng tu, budak kosongkan kilang tapi ambil masa 7 minit gak la baru beres.. dan kenapa 3 minit , cepat giler.. ikutkan kata member aku yang conduct training tu, kan minggu lepas ada kebakaran kat top coat kan, memang isu besar la, sbb area yang terbakar tu berhampiran dengan paip gas, dan kalau tempat tu terkena, diorang estimate 3 minit jer ade untuk selamatkan diri masing2. pastu kaboooommmm.. meletup beb.. aku pun terkejut gaks la dengar tapi itulah hakikatnya, tempat kerja aku memang dipenuhi dengan barang highly flammable, mudah terbakar seperti piping gas, tangki minyak, tong thinner, dan macam-macam la, even department aku yang takde stor barang highly flammable tu pon underground dia penuh dengan piping gas, bos bomba yang tengok pun estimate kalau kilang aku kerja tu meletup, leh dengar sampai alam sentral la.. director kilang aku sampai 3 hari la x datang, high pressure kot pasal benda yang jadi ni.. alhamdulillah la takde pape yang buruk terjadi.. pastu klau meletup aku pun boleh carik kerja lain la, confirm kilang tutup 3 tahun, silap-silap x buka langsung. punca kebakaran masih dalam siasatan tapi saspek  utama adalah short circut la.. kabel yang besar lengan tu boleh meletup terkena air yang menitik dari bumbung yang bocor .. almaklumlah kilang yang uzur.... itulah citer yang aku dengar.. memang risiko kerja kilang industri berat ni tapi .. pe nak buat.. kerja jer la.. oklah aku nak siap2 nak g kenduri kawan aku.. assalamualaikum.. adios

apa.. kebakaran ?

assalamualaikum, 1 dec 2009, patut sekarang ni aku sedang berada di dlm kilang, tetapi aku kat umah, adakah aku ponteng atau mc. tidak . sebenarnya aku telah diberi cuti oleh majikan aku sbb berlaku kebakaran di kilang pagi tadi. aku dapat berita pn time aku on Fb dlm kul 1 tengahari td, mmber aku yang ade kat kilang info aku, painshop top coat terbakar, tak tau la teruk ke tak.. dah la paintshop ni area bottom neck kat kilang aku, kira proses paling kritikal la dalam menghasilkan kereta.. so semua shift malam di beri cuti , esok sambung kerja.. tak pasti sama ada terdapat kemalangan jiwa atau tidak, esok aku akan cuba update sebab musabab berlaku kecelakaan tu. untuk pengetahuan korang kilang ni dah beroperasi sejak tahun 1960an lagi.. so memang tahap uzur dah kilang ni.. yang ironi plak semalam bos aku baru bagitau ade fire drill jumaat ini kul 10 mlm, fire drill ni adalah latihan jika berlaku kebakaran la, wajib tiap-tiap tahun buat. dah terbakar dulu la plak.. hehehe..ape ape pn aku harap kilang aku dapat beroperasi seperti sediakala, memang seronok dapat cuti tapi gaji aku sape nak bayar, mana tahan bayar separuh gaji.. ok lah sampai di sini sahaja. akhir kata, api ketika kecil menjadi kawan, dah besar menjadi lawan.. renung-renung kan lah sahabat.. amin

percutian penang (part 2)

salam, aku nk sambung lg pasal travel ke penang baru2 ni. (28 & 29 november 2009)

12.30 am: aku lead konvoi tu, tah mcm mane aku pale dah ting tong, singgah RnR rawang kejap, beli red bull 2 tin ngan asam untuk kunyah2. mata terus segar.. dorang plak trus jer.. jenuh gak aku nak kejar, dorg x tau aku berenti.. aku ckp aku da sampai hentian sg perak.. hehehe.. konpius dorg.. ingat bawak jet ke leh sampai cepat giler..

3.15 am : menghampiri terowong menora yang top dengan lagenda volswagen kuning.. takuttt..

3. 40 am : singgah di hentian sg perak, makan pau kaya skeping, teh tarik satu , red bull se tin, lepak dlm 30 minit , terus gerak ker penang..

5.30 am : alhamdulillah , dah masuk area penang , cari homestay yang ben sewa, pusing2 gak la.

6.00 am. tido dlam homestay, x mndi pon.. dah x larat giler, 2.30 pm nak gi nikah.. eh.. nak antar member g nikah..

10.30 am : terjaga dr tido, mandi2 dan bergurau senda ngan kawan

12.30 pm : gi lepak mamak minum2 sementara nk tunggu majlis

2.00 pm : ambil dorg sebelum tu gelakkan amud kaw2, sbb kebetulan dpn umah ni ada khemah, kami kencing dia kata depan ni jer majlis, dia mati2 percaya dn x siap ape pn, mandi pn x. last2 aku ckp umah pengantin dalam 20  minit gak la perjalanan.. melompat dia dr katil.. hehehe

2.30 pm : sampai umah pengantin pompuan, kebetulan sampai serentak dengan imam. majlis pn bermula

3.30 pm : ngah makan nasi, selamat dah akad nikah member ku ni. satu lafaz jer..

3.45 pm : on de way to pulau.. yahoo..

4.30 pm : carik chowrastar market, beli asam jeruk buah pala sotong kering dll.. rm 54 abis plan nk g padang kota lama plak, pekena pasemboq.

6.30 pm : sesat di penang, pusing2 bandar, yang lain dah sampai..hampeh

7.30 pm : selamat sampai, makan pasemboq satu, pecah rekod lagi, arituh rm 27 kali ni kena rm 35, aku amik lg sikit dari yg dulu, ni makan kt gani pasemboq, tapi berbaloi sbb sedap giler, rasa nak bungkus jer..

9.00 pm : naik feri ke tanah besar..best

10 .00 pm: sampai homestay, sesat jap td, nasib baik parto yg pkai xperia x1 ade garmin, guna gps jer..

10.01 pm: mandi2 dan rehat, sebelum bertolak ke selangor

11.30 pm : selamat tinggal penang, ade rezeki kami datang lagi.. selangor .. here i come ( batok bawak keter aku sepanjang ari ni, aku rilek jer.. best.. hahaha)

6.00 am : sampai umah bendul, drop kan bapa dia, hantar donnie balik, trus ke umah.. sempat racing kat nkve ngan 2 evo td.. hahaha.. kepuasan

sampai di sini sahaja citer aku, penat mmg x ingat la, tp seronok sbb dpt lepak same2 member.. moral of the story, bila turn aku plak nak kawin nie.. huhuhu. assalamualaikum