heppi holiday. yeyyyy

salam, lama aku tak buka blog ni, tak sedar dah 5 bulan langsung tak berupdate.. hari ini 4 nov 2010, esok raya deepavali.. aku cuti sampai hari ahad, ada 4 hari masa terluang,, macam-macam plan nak wat tapi bajet tak ada.. nak melancong duit tak berapa nak sedap, nak survey rumah plak harga melampau-lampau mahal skarang ni, maklumlah negeri selangor.. nak window shopping  sengal plak seorang - seorang .. korang ade idea tak untuk aku , share lah aktiviti masa senggang korang ngan aku.. boleh juga aku yokoten nanti .. ok wsalam..

adikku eksiden..

hari ahad yg lalu, masa aku tengah jalan2 sama somebody , ade byk misskol aku dapat, aku masa solat zohor henset silent, lupe nk on balik, time nak solat asar plak bru perasan, adik aku koll sampai 9x,dependekkan  cerita adik aku dan tunang dia eksiden sama kat jelebu, masa ondeway nak g jeram toi mandi air terjun, aku marah la sbb aku da pesan jangan jalan jauh2 sebab kembara tu tak cukup sifat lagi, (breakdown skit2). kebetulan aku ada kat seremban tu, terus g jumpa dorg kat workshop, dalam perasaan marah tu, bersyukur pn ada sebab semua selamat termasuklah anak sedara aku 4 org yang naik kembara tu skali.. tgk kedaan kereta , ade guling-guling 2 - 3 kali gak.


2 orang anak sedara aku tercampak keluar dari kereta, yaya dan haikal, manakala ayu, ain, adik aku dan tunang dia dalam kereta, condition jalan tu plak jalan lurus dan lebar 4 lorong, camner leh eksiden pn pelik gak aku, yang tercampak keluar x der ape2 kecederaan plak tu terutama skali yaya , calar kat siku jer, haikal luka kal kepala sebab keluar ikut kaca backdoor blakang . (jahit), ayu jahit kat dahi, ain x der pape , adik aku luka kat bibir manakala tunang dia kaki terhencot2.



kereta mungkin akan declare total lost sebab kos repair lagi mahal dari jumlah  yg insured, takpelah asalkan semua selamat alhamdulillah.

yang misteri  plak. jeng jeng jeng malam isnin lepas, mangsa kemalangan pergi berurut kat kapar sbb badan sengal2 biasalah kan , dah berguling2 dalam kereta. pakcik tu cakap kebetulan masa dorg lalu tu ada something tgh berpesta kat jln tu, kira time lalu tu mengacau dorang la, tu yang leh terbalik, pada pendapat aku pun, ada kebenaran gak sebab sape tak kenal kawasan bukit tangga tu, time kejadian pulak hujan2 renyai2 pukul 2 dekat kul 3. mungkin segalanya ada hikmatya.. wallahualam..

putri

td masa aku ngan lepak2 ngan famili aku, aku tertengok satu drama kat rtm, tajuk nyer puteri apa ntah, mengisahkan seorang budak perempuan yang tinggal dengan bapa(nama dia putri) dia tapi bapa dia tak mampu jaga sebab kemiskinan kot, dia di hantar ker rumah anak yatim, aku rasa x lama aku tgk citer tu tapi emosi budak pompuan tu memang superb, lakonan sedih dia, kecewa , takut dan sunyi memang terpampang jelas, muka pulak iras2 anak buah aku, yaya.. aku rasa dia ni pelakon kanak2 paling power penah aku tgk even x sampai stgh jam jer aku tengok drama tu, emosi ada wajah dia menusuk hati dan jiwa aku, membuatkan aku turut rasa ape yg dia rasa, dapat plak cerita pasal anak yatim, aku amat sensitif kalau pasal anak yatim ni, x sampai hati memikirkan nasib mereka hidup tanya perlindungan ibu dan ayah, kalau aku g masjid pun jika ada dua tabung, anak yatim dan masjid, aku hulurkan anak yatim dulu, kalau kat stesen minyak ker, aku kadang2 sampai terpaku tengok mereka kehulu kehilir menjual @ meminta derma, alhamdulillah aku dikurniakan dengan ibu bapa untuk mendidik aku sehingga dewasa, aku sedar ibu aku juga anak yatim,ibu kadang2 menceritakan penderitaan nya bergelar anak yatim seawal usia 5 tahun, yang terlalu peribadi untuk aku kongsikan di sini.. kepada insan di luar sana (termasuk aku) hargailah anak2 anda, sayangilah masa depan mereka, bantulah yang memerlukan..

p/s : aku surf la psl pelakon kanak2 td, nama dia erynne erynna, pengalaman berlakon dalam telemovie panggung 1, dokumentari, filem dan sketsa untuk siaran langsung pembukaan rasmi KMJ TV1. Berlakon memegang watak utama dan pembantu dan juga Putih Putri 26 episod memegang watak utama. Bermula pada tahun 2004 dan telah berlakon sebanyak 30 buah cerita untuk RTM1, RTM2, TV3, Astro Ria dan 2 buah filem, Cinta dan Congkak. Joint Venture Filipina & Malaysia untuk slot Asian Delight RTM - A TIME FOR US (2008) . penah menang pelakon kanak kanak terbaik pulak tu (congkak).. memang terbaik.

selamat hari pekerja

aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja2 yang berada di luar sana terutama sekali kepada diri aku sendiri la , semoga aku akan bertambah rajin, berdedikasi dan ikhlas dalam menjalankan kerja seharian ku... kepada yang bakal menempuah alam kerja semoga dapat cekalkan hati dalam mencari rezeki dan menempuh  cabaran, yang penting semoga rezeki yang diperoleh halal dan diberkati untuk di nikmati.. kepada yang menjadi bos kepada pekerja semoga adil dan saksama dalam menilai anak buah anda... kepada yang ada lobang kerja best2 tu info2 la aku k, semoga aku dapat memperoleh pengalaman dan pendapatan baru, kepada mtuc teruskan perjuangan anda dalam membela nasib pekerja swasta seperti kami, ceupacs pun tak di lupakan juga, teruskan usaha anda.. akhir kata, tanpa pekerja siapalah bos.. terima kaseyyyy

lesu

kebelakangan ni aku rasa lesu jer kat tempat keje.. bkn pasal aku kena tukar bahagian.. sblm ni aku kerja area welding sekarang area assembly pulak tapi aku rasa seronok, walaupun beban kerja aku bertambah tapi kesronokan tu pun bertambah.. yelah, 4 tahun lebih asik mengadap besi, sekali sekala hadap plastik heppy juga rasanya..tempat paling hardore dalam ckd tapi memberikan aku keseronokan dan nafas baru dalam jiwa.. perghh ayat.. geli taik telinga org klau dengar .. hehehe.. kelesuan yang aku maksudkan adalah dari segi rutin harian kerja ku, aku malas nk update board, wat report berjela2 , penilaian prestasi bebudak pun aku tak siap lagi even dateline dia pn aku tak brape amik tau sangat.. cuma kosentrasi pada line jer yang sentiasa tinggi..yer la , sape nk jawab klau  ade downtime @ line stop, td plak ade meeting pasal SW, nak kena audit dan declare sendiri ok ke tak, huhuhu.. projek GL roles pun aku tak start lagi.. tambah projek baru plak. aku ni dah macam zaman study plak, banyak sangat pending kerja.. purata waktu aku tidor pada hari bekerja pula lebih kurang 4 jam sahaja.. adakah ia menambahkn kelesuan ku.. adakah aku perlukan cuti cuti malaysia , cuti aku pn banyak lagi yang tak pakai ni. aku perlu bercuti di mana , siapakah yang boleh temani aku.. hahaha.. sekian

mimpi

adakah mimpi itu mainan tidur semata atau bayangan masa hadapan, adakah ia merupakan impian yang terbawa2 sehingga ke alam mimpi.. atau petanda impian yang tak akan tercapai.. yang pasti, semalam aku bermimpi indah.. mimpi yang aku harap akan jadi kenyataan pada masa hadapan.. amin

hibernasi

fuhhh.. sebulan lebih aku x hapdate blog ni.. takpe.. kite tambah sebulan lagi k... kebizian ku memaksa ku peram blog ni, insyaallah kuar je aku dr proses hibernasi dan asimilasi ngan alam sekitar ni.. aku akan sambung lg penulisan aku.. akan ku gegarkn dunia dengan idea2 yang tak berinformasi dan kekurangan daya intelektual ini.. harhahrhar.. baik aku blah sblm terjadi ape2.. chow dulu.. klau kamu semua di luar sanaa wndu aku, lawat je aku kat laman facebook aku. klau leh jumpa la, dah jumpa jangan lupe add ok.. CUKUPPPPPP. fullstop.

jom ke lowyat...


salam, hari ini aku gerak ke plaza lowyat kat kl, korang mesti tau kan ape yang ade kat situ, tempat syurga membeli belah barangan letrik yang terkemuka di ibukota, bukan orang ibukota pun datang sini, mula-mula just nak temankan member aku beli mini notebook baru jer, tah macamana aku leh terbeli belah sekali, aku beli optical mouse untuk gantikan mouse aku yang hari2 kena sumpah sebab dah gila, external hard disk untuk simpan data @ backup , hard disk pc dah penuh.. dan yang dah lama aku idamkan2 , lcd monitor untuk ganti monitor zaman purba aku, berapa banyak aku habis , memang banyak la tapi puas hati sebab aku tak habiskan ke jalan yang sia-sia seperti gejala merempit dan  sebagainya lah.. so di bawah ni gambar benda yang aku ganti , gambar di ambil menggunakan kamera handset sony ericsson xperia aku..


 
external hard disc jenama seagate 500gb, bapak besor storage, ape aku nak isi pun aku tak tau, yang aku taksub adalah yang 1 dan 1.5 tb pun ade, harga sendiri mau ingatlah kawan.. hehe





mouse baru , kaler merah.. yang dulu kaler biru




monitor lcd , berpinar gak mata aku tiba-tiba kena mengadap monitor camni, gempak giler ..tapi grafic card aku tak cukup power la plak, tunggu aku upgrade, baru lah terserlah dia nyer High Definition..




kotak monitor yang aku beli, 21.5 inci..acer is the best.. hahaha cam dalam iklan la plak..





monitor dan mouse lama aku, manalah aku nak campak ni.. sape nak aku bagi free jer, datang lah rumah, monitor tiptop lagi, 17 inci beb.. hehehe

k lah, sampai disini sahaja, jumlah habis, external hard disc seagate 500gb RM299, optical mouse RM8, acer tft lcd monitor 21.5 inci RM 480.. sekian.






gaji baru 2010

salam, petang tadi surat untuk gaji baru dah keluar, aku pun dah pass kepada bebudak aku dan seperti tahun2 yang lepas, ade la yg dapat grade A , B , C dan paling tak boleh blah D. kriteria yang aku tengok first attendance, rekod disiplin , sumbangan kepada syarikat dan tak menyusahkan aku, harap semua berpuas hari la, yang tak berpuas hati plak kene la sediakan jawapan kenapa dapat teruk, so far tak dengar ape2 citer.. mungkin dah paham diri masing-masing masa aku interview dulu.. tapi partner aku still cuti esok, aku kena takeover kerja dia dan tadi aku dengar bebudak dia tak puas hati.. harap-harap esok ok la attendance dorg kalau tak aku yang KO. alah, aku pun dapat teruk tahun ni.. bersabar je la walaupun rasa nak amuk bos tu datang.. hihihi.. aku kan pekerja yang menurut perintah walaupun dalam hatiku ini terguris dan menangis.. namun siapa peduli.. chewaaah.

18 jan 2010 ... 2144 .. klang selangor..

assalamualaikum, minggu ni aku agak sibuk, kira tak berape nak lekat kat rumah la, pe yang aku buat ek, byk gak r. aku ade citer kan sblm ni aku tukar cermin kereta aku yang pecah tu, x lama lepas tu, alang2 aku dah repair kereta, pe salahnya repair sekali dent keter aku kes langgar van yang lepas kan, ermm.. so aku pun pergi ketuk dan spray balik bumper dan fender kereta aku, dalam sehari gak la kereta aku duk menumpang kat kedai cat tu, siap jer ( lawa apek tu buat..) rm 280 pun bertukar tangan, pastu tinted cermin kereta aku plak, keesokan hari nya la, mne sempat nak g accessory petang tu, untuk melow-profilekan kereta aku di kaca mata hitam abg2 J yang berleluasa di jalan raya, aku pilih tint platinum black dengan ketelusan cahaya 50 % seperti saranan pengarah JPJ yang dihormati, klau ikutkan nak jer aku bedal stail mat2 kereta lain, wat tint gelap gulita tapi nanti2 lah, karang kantoi kopek duit lagi.. RM 3 rat lebih gak la habis,  sabtu aku g sogo, sales untuk card member beb, murah2 giler tapi pendapatan tak berapa nak murah, sambar 3 helai seluar, spender ngan stoking jenama playboy, jangan jadi playboy sudah la. ahad g melaka hantar somebody ehem ehem..

isnin start keje, di sebabkan kes mesin ED breakdown 2 hari minggu lepas, sabtu ni ade full production, cuti thaipusam kena postponed, alahai semaknyer kepala nak keje , tambah plak sales order kereta banyak2 tahun ni, di percayai kena buat Overtime tiap2 hari sampai bulan Ogos, alhamdulillah ade rezeki kilang ni, mudah2an aku di beri kekuatan akal dan fikiran untuk di curahkan ke kerja seharian ku, tuhan berikanlah aku semangat .. huhuhu mekasseyyyyy

Tak de kerja

smalam seperti biasa la, aku mendedikasikan diriku untuk masuk bekerja pada hari isnin shift malam walaupun perasaan malas tu ada. bese lah.. kes tak puas cuti hujung minggu, padahal tidor je kat rumah. masa aku sampai pukul 7 lebih tu, aku tengok kilang tempat aku kerja tu tenang jer. pelik gak aku sebab selalunye masa kau datang, shif B baru habis kerja overtime, jadi bertembung la. rupa-rupa nya baru aku tau, mesin kat paintshop breakdown, ED yang kasi lapisan hitam kat kereta tu sblm cat tak lekat kat body , yang aku dengar macam2 gak la spekulasi. . mungkin campuran chemical salah ker, mesin x panas ker.. kereta yang kena scrap pun banyak gak sebab body rosak 19 biji ker 28 biji, malam tu aku pun merewang jer lepak2. malas nak wat ape2. malam ni tak ape rupe pn aku tak tau, kalau tak jalan lagi pun best gak. tapi penat la nak cover balik hutang nanti.. penat woo nak ot manyak.

Cermin Ku Retak Seribu

Salam. amacam tajuk, ada ala2 lirik lagu tak.. sebenarnya aku baru balik dari kedai Dr Cermin dekat seksyen 25 Shah Alam, tukar windshield (cermin depan) kereta aku dan cermin belah penumpang kiri. cermin depan aku dah dekat 2 tahun crack panjang tapi aku jer yang malas nak tukar. padahal bukan takde insurans. pastu minggu lepas time aku nak kuar lepak, tibe2 aku perasan cermin kiri aku dah retak seribu. tensen gak la, aku saspek org potong rumput punya kerja tapi nak tioww pun dan tak nampak bayang. masa pulak takde nak repair so pagi ni la baru aku leh curik masa untuk tuko.. kos lebih kurang Rm 580. cermin depan Rm 380 + cermin sisi Rm 180. koyak gak la nak bayar tapi alhamdulillah, semuanya di settlekan oleh pihak insurance. so kepada semua kengkawan, klau amik insurance tu, tambah la cover untuk cermin kete gak. penting beb.. aku sertakan sekali gambar kereta aku time tengah modified.. hehehe


cermin depan yang crack.. kene batu kat jalan mahameru KL

 
cermin kiri dah retak seribu. saspek utama brader potong rumput kat area rumah aku..wallahualam

 
pekerja dr cermin tengah godek2 kereta aku

 
kereta aku yang telah di baraikan..

 
cermin baru dah pasang .. serious giler brader tu buat keje.. respek btol

 
cermin baru.. shining giler


 cermin baru gaks..

 
pas ni nak cari tinted plak.. kaler aper ek best.. hahaha

lastly , thanks sebab sudi baca & jangan tunggu lagi, pergilah dr cermin, dia kasi settle semua.. tak payah susah2 aku nak kene runner g insurance untuk claim.. uniasia da best. (promo free jer.. hehe)





Glory glory red giants

hahaha.. gembira betul aku semalam .. sebab pasukan kesayangan aku selangor berjaya muncul juara ntah buat kali ke berapa pun aku tak pasti, banyak giler cup  .. (nada riak) dengan menumpaskan pasukan n9  2 - 1. walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama tapi melihat corak permainan yang pasukan selangor tunjukkan, aku yakin kemenangan dalam genggaman dan akhirnya pada 20 minit terakhir, selangor berjaya menyumbat 2 gol  pantas.. syabas gergasi merah...

selamat tahun baru 2010

asalamualaikum, selamat tahun baru 2010, selamat menempuh dekad baru dan semoga berjaya dalam kehidupan, dekad lama sudah ditinggalkan, segala kejayaan dan kekecewaan semoga boleh di jadikan panduan dan pengajaran.

tahun baru tak lengkap tanpa azam baru, untuk azam baru aku pada tahun ini adalah menjadi orang yang lebih baik, kumpul duit banyak2, dan mengurangkan saiz aku ke tahap zaman remaja dulu time tengah fit and tough. 

bdan aku naik disebabkan pemakanan dan kerja yang tidak seimbang. pemakanan macam biasa la, mentekedarah kaw2 tp kerja plak mcmane?. sblm aku kerja toyota, aku boleh dikatakan ala2 buruh kasar gak, korang leh rujuk citer pasal zaman kerja aku sblm masuk toyota pada posting2 sblm ni. kat toyota plak just duduk tunggu masalah datang. peluh x kuar langsung. hahaha.. doa kan aku k kawan2

aku juga berazam nak post pada tahun 2010 ni lebih byk dari thn 2009 dan lebih berkualiti lar walaupn tiada pembaca setia. hahaha  k la chow dulu.