jom ke lowyat...


salam, hari ini aku gerak ke plaza lowyat kat kl, korang mesti tau kan ape yang ade kat situ, tempat syurga membeli belah barangan letrik yang terkemuka di ibukota, bukan orang ibukota pun datang sini, mula-mula just nak temankan member aku beli mini notebook baru jer, tah macamana aku leh terbeli belah sekali, aku beli optical mouse untuk gantikan mouse aku yang hari2 kena sumpah sebab dah gila, external hard disk untuk simpan data @ backup , hard disk pc dah penuh.. dan yang dah lama aku idamkan2 , lcd monitor untuk ganti monitor zaman purba aku, berapa banyak aku habis , memang banyak la tapi puas hati sebab aku tak habiskan ke jalan yang sia-sia seperti gejala merempit dan  sebagainya lah.. so di bawah ni gambar benda yang aku ganti , gambar di ambil menggunakan kamera handset sony ericsson xperia aku..


 
external hard disc jenama seagate 500gb, bapak besor storage, ape aku nak isi pun aku tak tau, yang aku taksub adalah yang 1 dan 1.5 tb pun ade, harga sendiri mau ingatlah kawan.. hehe





mouse baru , kaler merah.. yang dulu kaler biru




monitor lcd , berpinar gak mata aku tiba-tiba kena mengadap monitor camni, gempak giler ..tapi grafic card aku tak cukup power la plak, tunggu aku upgrade, baru lah terserlah dia nyer High Definition..




kotak monitor yang aku beli, 21.5 inci..acer is the best.. hahaha cam dalam iklan la plak..





monitor dan mouse lama aku, manalah aku nak campak ni.. sape nak aku bagi free jer, datang lah rumah, monitor tiptop lagi, 17 inci beb.. hehehe

k lah, sampai disini sahaja, jumlah habis, external hard disc seagate 500gb RM299, optical mouse RM8, acer tft lcd monitor 21.5 inci RM 480.. sekian.






gaji baru 2010

salam, petang tadi surat untuk gaji baru dah keluar, aku pun dah pass kepada bebudak aku dan seperti tahun2 yang lepas, ade la yg dapat grade A , B , C dan paling tak boleh blah D. kriteria yang aku tengok first attendance, rekod disiplin , sumbangan kepada syarikat dan tak menyusahkan aku, harap semua berpuas hari la, yang tak berpuas hati plak kene la sediakan jawapan kenapa dapat teruk, so far tak dengar ape2 citer.. mungkin dah paham diri masing-masing masa aku interview dulu.. tapi partner aku still cuti esok, aku kena takeover kerja dia dan tadi aku dengar bebudak dia tak puas hati.. harap-harap esok ok la attendance dorg kalau tak aku yang KO. alah, aku pun dapat teruk tahun ni.. bersabar je la walaupun rasa nak amuk bos tu datang.. hihihi.. aku kan pekerja yang menurut perintah walaupun dalam hatiku ini terguris dan menangis.. namun siapa peduli.. chewaaah.

18 jan 2010 ... 2144 .. klang selangor..

assalamualaikum, minggu ni aku agak sibuk, kira tak berape nak lekat kat rumah la, pe yang aku buat ek, byk gak r. aku ade citer kan sblm ni aku tukar cermin kereta aku yang pecah tu, x lama lepas tu, alang2 aku dah repair kereta, pe salahnya repair sekali dent keter aku kes langgar van yang lepas kan, ermm.. so aku pun pergi ketuk dan spray balik bumper dan fender kereta aku, dalam sehari gak la kereta aku duk menumpang kat kedai cat tu, siap jer ( lawa apek tu buat..) rm 280 pun bertukar tangan, pastu tinted cermin kereta aku plak, keesokan hari nya la, mne sempat nak g accessory petang tu, untuk melow-profilekan kereta aku di kaca mata hitam abg2 J yang berleluasa di jalan raya, aku pilih tint platinum black dengan ketelusan cahaya 50 % seperti saranan pengarah JPJ yang dihormati, klau ikutkan nak jer aku bedal stail mat2 kereta lain, wat tint gelap gulita tapi nanti2 lah, karang kantoi kopek duit lagi.. RM 3 rat lebih gak la habis,  sabtu aku g sogo, sales untuk card member beb, murah2 giler tapi pendapatan tak berapa nak murah, sambar 3 helai seluar, spender ngan stoking jenama playboy, jangan jadi playboy sudah la. ahad g melaka hantar somebody ehem ehem..

isnin start keje, di sebabkan kes mesin ED breakdown 2 hari minggu lepas, sabtu ni ade full production, cuti thaipusam kena postponed, alahai semaknyer kepala nak keje , tambah plak sales order kereta banyak2 tahun ni, di percayai kena buat Overtime tiap2 hari sampai bulan Ogos, alhamdulillah ade rezeki kilang ni, mudah2an aku di beri kekuatan akal dan fikiran untuk di curahkan ke kerja seharian ku, tuhan berikanlah aku semangat .. huhuhu mekasseyyyyy

Tak de kerja

smalam seperti biasa la, aku mendedikasikan diriku untuk masuk bekerja pada hari isnin shift malam walaupun perasaan malas tu ada. bese lah.. kes tak puas cuti hujung minggu, padahal tidor je kat rumah. masa aku sampai pukul 7 lebih tu, aku tengok kilang tempat aku kerja tu tenang jer. pelik gak aku sebab selalunye masa kau datang, shif B baru habis kerja overtime, jadi bertembung la. rupa-rupa nya baru aku tau, mesin kat paintshop breakdown, ED yang kasi lapisan hitam kat kereta tu sblm cat tak lekat kat body , yang aku dengar macam2 gak la spekulasi. . mungkin campuran chemical salah ker, mesin x panas ker.. kereta yang kena scrap pun banyak gak sebab body rosak 19 biji ker 28 biji, malam tu aku pun merewang jer lepak2. malas nak wat ape2. malam ni tak ape rupe pn aku tak tau, kalau tak jalan lagi pun best gak. tapi penat la nak cover balik hutang nanti.. penat woo nak ot manyak.

Cermin Ku Retak Seribu

Salam. amacam tajuk, ada ala2 lirik lagu tak.. sebenarnya aku baru balik dari kedai Dr Cermin dekat seksyen 25 Shah Alam, tukar windshield (cermin depan) kereta aku dan cermin belah penumpang kiri. cermin depan aku dah dekat 2 tahun crack panjang tapi aku jer yang malas nak tukar. padahal bukan takde insurans. pastu minggu lepas time aku nak kuar lepak, tibe2 aku perasan cermin kiri aku dah retak seribu. tensen gak la, aku saspek org potong rumput punya kerja tapi nak tioww pun dan tak nampak bayang. masa pulak takde nak repair so pagi ni la baru aku leh curik masa untuk tuko.. kos lebih kurang Rm 580. cermin depan Rm 380 + cermin sisi Rm 180. koyak gak la nak bayar tapi alhamdulillah, semuanya di settlekan oleh pihak insurance. so kepada semua kengkawan, klau amik insurance tu, tambah la cover untuk cermin kete gak. penting beb.. aku sertakan sekali gambar kereta aku time tengah modified.. hehehe


cermin depan yang crack.. kene batu kat jalan mahameru KL

 
cermin kiri dah retak seribu. saspek utama brader potong rumput kat area rumah aku..wallahualam

 
pekerja dr cermin tengah godek2 kereta aku

 
kereta aku yang telah di baraikan..

 
cermin baru dah pasang .. serious giler brader tu buat keje.. respek btol

 
cermin baru.. shining giler


 cermin baru gaks..

 
pas ni nak cari tinted plak.. kaler aper ek best.. hahaha

lastly , thanks sebab sudi baca & jangan tunggu lagi, pergilah dr cermin, dia kasi settle semua.. tak payah susah2 aku nak kene runner g insurance untuk claim.. uniasia da best. (promo free jer.. hehe)





Glory glory red giants

hahaha.. gembira betul aku semalam .. sebab pasukan kesayangan aku selangor berjaya muncul juara ntah buat kali ke berapa pun aku tak pasti, banyak giler cup  .. (nada riak) dengan menumpaskan pasukan n9  2 - 1. walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama tapi melihat corak permainan yang pasukan selangor tunjukkan, aku yakin kemenangan dalam genggaman dan akhirnya pada 20 minit terakhir, selangor berjaya menyumbat 2 gol  pantas.. syabas gergasi merah...

selamat tahun baru 2010

asalamualaikum, selamat tahun baru 2010, selamat menempuh dekad baru dan semoga berjaya dalam kehidupan, dekad lama sudah ditinggalkan, segala kejayaan dan kekecewaan semoga boleh di jadikan panduan dan pengajaran.

tahun baru tak lengkap tanpa azam baru, untuk azam baru aku pada tahun ini adalah menjadi orang yang lebih baik, kumpul duit banyak2, dan mengurangkan saiz aku ke tahap zaman remaja dulu time tengah fit and tough. 

bdan aku naik disebabkan pemakanan dan kerja yang tidak seimbang. pemakanan macam biasa la, mentekedarah kaw2 tp kerja plak mcmane?. sblm aku kerja toyota, aku boleh dikatakan ala2 buruh kasar gak, korang leh rujuk citer pasal zaman kerja aku sblm masuk toyota pada posting2 sblm ni. kat toyota plak just duduk tunggu masalah datang. peluh x kuar langsung. hahaha.. doa kan aku k kawan2

aku juga berazam nak post pada tahun 2010 ni lebih byk dari thn 2009 dan lebih berkualiti lar walaupn tiada pembaca setia. hahaha  k la chow dulu.