adikku eksiden..

hari ahad yg lalu, masa aku tengah jalan2 sama somebody , ade byk misskol aku dapat, aku masa solat zohor henset silent, lupe nk on balik, time nak solat asar plak bru perasan, adik aku koll sampai 9x,dependekkan  cerita adik aku dan tunang dia eksiden sama kat jelebu, masa ondeway nak g jeram toi mandi air terjun, aku marah la sbb aku da pesan jangan jalan jauh2 sebab kembara tu tak cukup sifat lagi, (breakdown skit2). kebetulan aku ada kat seremban tu, terus g jumpa dorg kat workshop, dalam perasaan marah tu, bersyukur pn ada sebab semua selamat termasuklah anak sedara aku 4 org yang naik kembara tu skali.. tgk kedaan kereta , ade guling-guling 2 - 3 kali gak.


2 orang anak sedara aku tercampak keluar dari kereta, yaya dan haikal, manakala ayu, ain, adik aku dan tunang dia dalam kereta, condition jalan tu plak jalan lurus dan lebar 4 lorong, camner leh eksiden pn pelik gak aku, yang tercampak keluar x der ape2 kecederaan plak tu terutama skali yaya , calar kat siku jer, haikal luka kal kepala sebab keluar ikut kaca backdoor blakang . (jahit), ayu jahit kat dahi, ain x der pape , adik aku luka kat bibir manakala tunang dia kaki terhencot2.



kereta mungkin akan declare total lost sebab kos repair lagi mahal dari jumlah  yg insured, takpelah asalkan semua selamat alhamdulillah.

yang misteri  plak. jeng jeng jeng malam isnin lepas, mangsa kemalangan pergi berurut kat kapar sbb badan sengal2 biasalah kan , dah berguling2 dalam kereta. pakcik tu cakap kebetulan masa dorg lalu tu ada something tgh berpesta kat jln tu, kira time lalu tu mengacau dorang la, tu yang leh terbalik, pada pendapat aku pun, ada kebenaran gak sebab sape tak kenal kawasan bukit tangga tu, time kejadian pulak hujan2 renyai2 pukul 2 dekat kul 3. mungkin segalanya ada hikmatya.. wallahualam..

putri

td masa aku ngan lepak2 ngan famili aku, aku tertengok satu drama kat rtm, tajuk nyer puteri apa ntah, mengisahkan seorang budak perempuan yang tinggal dengan bapa(nama dia putri) dia tapi bapa dia tak mampu jaga sebab kemiskinan kot, dia di hantar ker rumah anak yatim, aku rasa x lama aku tgk citer tu tapi emosi budak pompuan tu memang superb, lakonan sedih dia, kecewa , takut dan sunyi memang terpampang jelas, muka pulak iras2 anak buah aku, yaya.. aku rasa dia ni pelakon kanak2 paling power penah aku tgk even x sampai stgh jam jer aku tengok drama tu, emosi ada wajah dia menusuk hati dan jiwa aku, membuatkan aku turut rasa ape yg dia rasa, dapat plak cerita pasal anak yatim, aku amat sensitif kalau pasal anak yatim ni, x sampai hati memikirkan nasib mereka hidup tanya perlindungan ibu dan ayah, kalau aku g masjid pun jika ada dua tabung, anak yatim dan masjid, aku hulurkan anak yatim dulu, kalau kat stesen minyak ker, aku kadang2 sampai terpaku tengok mereka kehulu kehilir menjual @ meminta derma, alhamdulillah aku dikurniakan dengan ibu bapa untuk mendidik aku sehingga dewasa, aku sedar ibu aku juga anak yatim,ibu kadang2 menceritakan penderitaan nya bergelar anak yatim seawal usia 5 tahun, yang terlalu peribadi untuk aku kongsikan di sini.. kepada insan di luar sana (termasuk aku) hargailah anak2 anda, sayangilah masa depan mereka, bantulah yang memerlukan..

p/s : aku surf la psl pelakon kanak2 td, nama dia erynne erynna, pengalaman berlakon dalam telemovie panggung 1, dokumentari, filem dan sketsa untuk siaran langsung pembukaan rasmi KMJ TV1. Berlakon memegang watak utama dan pembantu dan juga Putih Putri 26 episod memegang watak utama. Bermula pada tahun 2004 dan telah berlakon sebanyak 30 buah cerita untuk RTM1, RTM2, TV3, Astro Ria dan 2 buah filem, Cinta dan Congkak. Joint Venture Filipina & Malaysia untuk slot Asian Delight RTM - A TIME FOR US (2008) . penah menang pelakon kanak kanak terbaik pulak tu (congkak).. memang terbaik.

selamat hari pekerja

aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja2 yang berada di luar sana terutama sekali kepada diri aku sendiri la , semoga aku akan bertambah rajin, berdedikasi dan ikhlas dalam menjalankan kerja seharian ku... kepada yang bakal menempuah alam kerja semoga dapat cekalkan hati dalam mencari rezeki dan menempuh  cabaran, yang penting semoga rezeki yang diperoleh halal dan diberkati untuk di nikmati.. kepada yang menjadi bos kepada pekerja semoga adil dan saksama dalam menilai anak buah anda... kepada yang ada lobang kerja best2 tu info2 la aku k, semoga aku dapat memperoleh pengalaman dan pendapatan baru, kepada mtuc teruskan perjuangan anda dalam membela nasib pekerja swasta seperti kami, ceupacs pun tak di lupakan juga, teruskan usaha anda.. akhir kata, tanpa pekerja siapalah bos.. terima kaseyyyy