the next...

salam, kalu takde penghalang aku nak tukar lagi kete taun depan ni, nak downgrade la, dari jenama H ke P, dari cc 2k ke 1.8k or 1.6k, dari AT ke MT, ada beberapa model yang aku berkenan tp tak tau lg nak pilih yang mana satu, inspira 1.8 MT, neo 1.6 MT. ranggi2 semua tu.. pendapat semua amatlah di alu alukan..     BUT bersempena bulan muharram ni, terdetik hajat hati aku nak hantar ke kedua dua orang tua aku menunaikan haji ke makkah, maklumlah umur ibu bapa ku pun da 60 thn ke atas dan jauh di sudut hati aku ,, aku tau dorg amat teringin nak menjejakkan kaki ke tanah suci, aku penah nampak dorg melihat buku akaun tabung haji dan sebak gak rasa hati ni sebab aku sebagai anak yang di bela sejak kecil, berpuluh ribu wang telah di habiskan tapi untuk menghantar dorg ke tanah suci masih tak berkemampuan.. aku penah suarakan untuk lego kereta aku je dulu dah monthly tu aku topup ke akaun dorg, aku gerenti setahun lebih da ckup perbelanjaan dorg tp dorg tak berkata apa2. maybe sebab tanak susahkan anak2 je, rugi betol bayar kereta mahal2 tapi parking bawah pokok pelam je,dulu tak fikir panjang..  baik pakai moto jer.. bagi aku bujang takperlu lagi keter monthly mahal ni, amik kereta cash pastu takyah pikir pasal kereta buat setahun dua, dapat target untuk hantar mereka ke tanah suci.. alangkah indahnya .. hati kecik aku pun berbisik klau dapat hantar mereka ke sana, aku hendak ibu bapaku mendoakan diriku supaya menjadi insan yang bertakwa dan beroleh rahmat dan menjauhkan perkara2 sia sia yang menbelenggu aku, di samping berdoa cepat mendapat jodoh yang baik.. sesak nafas memikirkan perkara2 silam aku.. itulah harapan aku sempena tahun 1433 hijrah ini,, sebelum aku sendiri menjejakkan kaki ke sana insyaallah..

negaraku.......tanah tumpahnya darahku.......

yahooooooooo.. malaysia menang, garuda patah dua-dua sayap kena gigit ngan skuad harimau muda, selepas ni lawan syria plak kat bukit jalil, teruskan langkahmu.. buat skuad garuda, terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka, garuda dah jadi angry bird ini malam.. hahahahahaha.. aummmm

moto oh moto

salam, aku di dalam dilema, siang dan malam asik terbayang jer.. dah gian nak layan moto balik, dah la dekat2 nak bonus hujung tahun ni, kata orang ikut nafsu binasa tapi camner aku nak bendung nafsu untuk memiliki moto baru, nak kata penting tu penting la gak, kata orang kene fikir sebelum membeli, kehendak atau keperluan dan aku akui ia sekadar kehendak aku untuk kembali laju seperti zaman 125z sebelum di piangkan oleh makluk jahanam yang tak reti hukum mencuri adalah potong pergelangan tangan, nasib ko la kat dunia ko lepas, sekarang aku tgh gila ninja zx150 dabel R, dekat 11k, bapak mahal maybe sbb 125z dan rxz dah tak keluar, skang pun aku layan moto lg tapi 4 strokes la, lagenda zr handling tiptop tapi tak laju, kadang2 135lc laju tapi handling macam basikal mountain bike, tp x dapat fight ngan kelazatan 2 stroke ketika memecut laju membelah karbon dioksida yang dilepaskan oleh ekzoz2 yang lagi mencemar udara daripada 2 stroke yang dorg dok canang2 tak mesra alam tu.

ikutkan nafsu aku rasa nak lego jer kereta accord aku yang jarang2 jalan tapi tiap bulan2 bayar sewa dengan bank pastu angkat sebijik superbike yang banyak di ckd kan di msia skang, xj6 diversion ker, er6 ker, versys ker.. leh tiap2 minggu travel ker penang or jb .. org kata meranjau atas highway ,, hehehe,, ape? tanak kawen ker??.. nak sape kate tanak masalah nye takde sape yang pinang lagi, pakcik tak demand tinggi, cukup lah sekadar yang mampu di sediakan,, hehe..

preparation raya 2011


pagi td time balik keje pas bayar bill tepon tertunggak , g singgah jab cimb , alhamdulillah advance + gaji blan ogos da masuk, ada la skit duit untuk wat beraya tahun ni, 4k plus2 jer, maybe sikit je bagi kebanyakan org terutama yg duk area suburban area mcm aku ni, yang seba serbi mahal, tp amat besar nilainya bg aku, mlm td da oder kuih tat 2 bekas ngan almond london 2 bekas gak, pastu thunderclap 2 kotak, hehehe.. petang ni plak nak beli bateri kete bapak aku yang dah kong, sebagai hadiah hari raya la, cian bapak aku,, da la abis duit wat gigi baru, tibe2  bateri kete lak kong.. sok cuti nuzul quran seluruh selangor, kalu ada masa aku nak bawak mak aku g soping raya, beli ape2 yang patut.. klu tak rajin pon aku bawak sabtu ni jer la.. dapat g pasar jalan tar mesti cara tp sanggup kah aku meredah raja segala jam dia malaysia ni.. key el ur now wat i means.. untuk aku plak, aku tak de plan langsung nak beli pape, baju melayu tahun lepas cantek dan berkilat lagi, maybe 2 helai seluar n baju kemeja t je kot.. tgk lah klu ade yg berkenan,, tp masalahnye yang aku berkenan la harga tak ingat dunia, kadang2 bila aku tgk harga baju ade brand skit, rasa nak mencarut di bulan puasa ni pon ada , rasa nak start kete borong baju kat padang besar perlis nun dia sana pn ada.. ntah lah, maybe bukan rezeki aku nak pkai bju yg best2 tu.. nak layan bundle tak de kaki lak, aku da la pemalu nak bertanya harga kat kedai2 ni, yang aku tau tunjuk dan bayar je. lifestyle org tak berapa nak kaya tapi berlagak koya.. hehehe..salam

gerimis mengundang..

fast 5

semalam bosan aku pergi la jj bukit tinggi layan fast 5, best gak layan movie sorang sorang ni, leh bagi lebih penumpuan kepada jalan cerita walaupun di gangu oleh bau orang kunyah pop corn kiri kanan aku, 2 jam lebih gak la movie dia, kesimpulannya memang jalan cerita yang paling best antara no 1 dan 5, penuh ngan aksi yang gempak dan ganas, kira rio dorang wat macam town bapak dorang jer.. nak cerita banyak pun malas.. g tengok cepat2 .. pas ni tunggu citer lanun ngan robot plak.. kopak la wit aku bulan ni.. da la tiket mahal.. hehe

layan perasaan versi melayu...

meh layan lagu lagi.. rock kapak tapi versi jiwa jiwa sket.




Kini ku masih menantikan
Jawapan yang tak pasti
Dari bibirmu yang berjanji
Seribu pengharapan

Mengapa masih kau meragukan
Cintaku terhadapmu
Tergamak engkau membiarkanku
Menanti bagaikan pungguk

Cuba kau jelaskan pada diriku
Perhubungan kita yang erat ini
Hanya sebagai kawan
Atau pun kekasihmu

Hingga kini ku tak mengerti
Perlakuan dirimu oh...
Apakah yang engkau ingin
Menguji kesetian hatiku ini

normal again..

semalam aku datang keje , general manager aku ada wat special general assembly , kilang tempat aku keje kene jalan normal shift la plak sebulan ni, silap silap dua bulan.. effect daripada tsunami jepun, barang tak leh support untuk production.. management macam aku kene masuk normal, non management plak kalau shift malam bleh balik kampung gaji full tanpa elaun.. keje siang plak running production rabu sampai khamis sahaja, isnin dan jumaat takde production which means lepak lepak duduk goyang kaki je la kot.. overtime jangan harap la nak ada.. hopefully keadaan akan pulih seperti sediakala.. baru nak blaja simpan duit.. tak de la nampak gayanya.. hehe

old fren..

salam, td masa aku tgh layan facebook, terjumpa la link pasal sorg member aku ni, kes polis pasal edar kanabis aka ganja, jatuh hukum isnin lepas ( 18 april 2011 ).. tangkap 2007..setelah naik turun court akhirnya disabitkan bersalah dan hukum gantung sampai mati, termenung gak la aku sebab aku kenal gak la dia ni sedikit sebanyak, dari sekolah rendah .. tak jahat , nakal je .. salah berkawan .. tak kaya pun wat benda tu, aku malas nak citer sebab musabah dari peristiwa dia dapat barang tu sampai kene tangkap ngan polis.. member2 pat sume tau kronologi sebenar.. cuma dah benda tu dalam tangan .. hampir sekilo gak la dia pegang pada malam jahanam tu.. walau ape pun pun aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa , mintak halal makan minum.. cian aku kat mak dia yang dah tua tu.. kalu artis confirm lepas.. wadehel

aku dalam dilema lagi...

tolong aku kawan kawan, aku dalam dilema nak memilih ni, siang malam asik teringat ingat , makan tak lalu, mandi tak basah, tido pon dah tak lena.. antara 2 ni mana yang terbaik bagi diriku, aku tak nak tersalah pilih,nanti aku sangka intan rupanya kaca, kalau terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya, dah alang alang menyeluk perkasam , biar sampai ke pangkal lengan.. ataupun perlu ku tepuk dada tanya selera.. perlukah aku pendam kan sahaja perasaan aku sekarang, adakah perlu ku ingat sebelum kena, jimat sebelum habis... atau dua dua ku sunting sahaja ( macam lah mampu, nak beli satu pon kena saving kaw kaw nyer).. inilah dilema ku.. iphone4 or sony ericsson arc... or shud i looking for something else..


kalau

aku ade penah dengar somebody menyebut bahawa kalau ni salah satu ayat yang syaitan suka, lebih kurang la.. dan aku pun tak berapa gemar ayat kalau ni,

"kalau lah aku kaya  ......"
"kalau lah aku hensem....."

see what im trying to say, kalau ni lebih kepada berangan, aku tak nafikan kadang kadang aku suka berangan ,tapi berangan tu lebih kepada khayalan. come on, balik ke alam nyata k.  tapi realiti yang sukar menjadi pemangkin kepada perkataan kalau ni, jika dah kaya tak kata kalau la kalau la aku kaya kan, jika dah hensem tak la kata kalau lah aku hensem kan.. hakikat manusia tak pernah puas .. kalau dah kaya, ayat dia jadi.. kalau la aku kaya giler, kalau dah hensem, ayat dia jadi..  kalau la aku hensem macam brad pitt.. basically.. tak puas la, so kalau jadi macam tu.. ( ironi ) berbaliklah kepada konsep kesederhanaan or wasatiah kot, kalu tak silap la, kesyukuran.. tawakkal.. pendek kata kepada islam la..

kalau ni ade pro dan kontra, kontra sebab leh menyebabkan kita menjadi pemarah, menyalahkan takdir, tak reti syukur, pro plak ianya leh jadi pemangkin kita untuk jadi lebih berusaha, berusaha untuk jadi kaya, berusaha untuk jadi hensem di hati walaupun tidak di paras rupa .. so ikut kepada perspektif seseorang tu jugak la.. so betulkan aku kalau aku salah...

umur ..

meh kite berdiskusi pasal sesuatu yang serius kali ini, walaupun aku ni bukanlah seorang yang serius, paras muka ade la serius skit.. , subjek nye adalah umur, berapa umur korang sekarang, ? umur aku ikut tahun 28, ikut bulan 27. some will say still young , some will say dah terlajak.. hehehe terlajak pasal pe, pasal kahwin ke, tu namanye bukan terlajak, belum tiba masanya je.hahaha

ok lah, soalan aku pada diriku, apa yang aku dah capai sepanjang 27 tahun (ikut bulan) masa aku bernafas di muka bumi ini, 28 kalau ikut tahun masihi, ikut tahun hijrah plak. aku congak satu tahun lebih tua.. ape yang aku capai, harta takde.. fail, hutang banyak..fail. dosa dan pahala.. wallahualam.. pengaruh.. fail. ( pengaruh ni macam pangkat atau jawatan la bagi aku.. ehehe)..ilmu dan amal.. lagilah fail.  so tetiba aku rasa macam aku dah mensia siakan 27, 28 or 29 tahun aku

ni bukan azam tahun baru, kalau nak lakukan perubahan drastik tu orang kata tak realistik la plak, cuma aku harap aku dapat jalani kehidupan yang lebih bermakna, sihat dan berwawasan.. kalu member dengar ni mau kene gelak sampai tahun depan, hehehe..

kalau ikut umur purata manusia kat muka bumi ni, based pada umur besar junjungan kita nabi muhammad saw, aku cuma ada  34 tahun lagi untuk bernafas di muka bumi.. ikut kalendar islam.. bukan nye aku menilik panjang pendek umur aku, tapi ideal condition kalu di beri umur yang panjang la, aku harap dapat di isi dengan manfaat. namun ajal dan maut di tangan Nya, sempatkah aku...

alkisah.. hehehe

Alkisah,

Ibu: Muhd Reza, belikan mummy ikan siakap 3 kilo kat pasar sat.
Reza: Ok mummy. Kalau ikan siakap takde? 
Ibu: Ala belilah apa yang ada.
Reza: OK.

Arakian, bertolaklah Muhd Reza pergi ke pekan ingin membeli ikan yang telah dipesan. Sampai disana, Muhd Reza pergilah mengusya apa yang patut. 

1. Setelah mengusya, dia melihat ada banyak ikan siakap yang dijual. Dia pun belila 3kg seperti yang dipesan. Itulah takdir dia dapat beli ikan siakap, dan itulah jodohnya sebab dapat beli ikan siakap.

2. Penat dia usya, tapi tak jumpa ikan siakap. Semua dah habis diborong tokey kedai makan. Dah takdir dia tak dapat beli siakap aritu. Dah takde jodoh nak buat camna. 

3. Dia usya ikan siakap, tapi takde. Tiba-tiba dia ternampak ikan jenahak. Dia pun beli la ikan itu 3kg. Dah takdir dia tak dapat beli siakap. Tapi dia beli ikan jenahak. Itulah jodoh dia. Takdir dia beli ikan jenahak, bukannya ikan siakap, ataupun ikan cencaru, ikan betung, ikan layaran, ikan jerung dsb. Itu konsep jodoh dan takdir.

Jodoh kena cari, bukan tunggu. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Cari jodoh bukan macam cari baju kat Mega Sale ya. Nak pergi test kat fitting room kasi pakai dulu. Nampak lawa/sesuai beli, tak sesuai buang. Itu bukan cari jodoh, itu cari gaduh. haha

interesting quotes about love...

Never forget that the most powerful force on earth is love” - Nelson Rockefeller

“You never lose by loving. You always lose by holding back.” - Barbara De Angelis

“To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.” - Brandi Snyder

“For it was not into my ear you whispered, but into my heart. It was not my lips you kissed, but my soul.” - Judy Garland

“Came but for friendship, and took away love.” - Thomas Moore

“Love me when I least deserve it, because that's when I really need it.” - Swedish Proverb

“If you live to be a hundred, I want to live to be a hundred minus one day so I never have to live without you.” - A. A. Milne

“For it was not into my ear you whispered, but into my heart. It was not my lips you kissed, but my soul.” - Judy Garland

“True love always makes a man better, no matter what woman inspires it” - Alexandre Dumas Père

“I have found that if you love life, life will love you back.” - Arthur Rubinstein

Friendship often ends in love; but love in friendship - never.” - Charles Caleb Colton

“Woman reaches love through friendship; man reaches friendship through love” - Mohammed Hijazi

“I love you,
Not only for what you are,
But for what I am
When I am with you.
I love you,
Not only for what
You have made of yourself,
But for what
You are making of me.
I love you
For the part of me
That you bring out;
I love you
For putting your hand
Into my heaped-up heart
And passing over
All the foolish, weak things
That you can’t help
Dimly seeing there,
And for drawing out
Into the light
All the beautiful belongings
That no one else had looked
Quite far enough to find.
I love you because you
Are helping me to make
Of the lumber of my life
Not a tavern
But a temple;
Out of the works
Of my every day
Not a reproach
But a song.
I love you
Because you have done
More than any creed
Could have done
To make me good
And more than any fate
Could have done
To make me happy.
You have done it
Without a touch,
Without a word,
Without a sign.
You have done it
By being yourself.
Perhaps that is what
Being a friend means,
After all.” - Roy Croft

“I love you, and because I love you, I would sooner have you hate me for telling you the truth than adore me for telling you lies.” - Pietro Aretino

“I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out.” - Roy Croft

“You're my sweetheart to the max. I love you like Crispy Critters.” - Wesley Willis

“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you. Love me and I may be forced to love you.” - William Arthur Ward

“You taught me to love fearlessly and to open up my heart. I've never known anyone like you. I love you to no end.” - Phil Martin

“Some people never say the words 'I love you'. It's not their style to be so bold. Some people never say those words: 'I love you' But, like a child, they're longing to be told.” - Paul Simon

mencari ketenangan....

arghhhhh.... serabut nyer la kepala otak aku sekarang, memikirkan semua yang berlaku sejak kebelakangan ni, alangkah indah jika semua nye mudah dalam kehidupan ini, tetapi kehidupan tanpa dugaan tu orang kata bukan kehidupan, liku liku kehidupan la yang mengajar kita , menjadi pengalaman, menguatkan semangat jiwa, selagi kita bernafas di dunia ini, selagi itulah ujian akan melanda , sama ada kecil , sederhana dan besar. .berilah aku kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan yang fana ini, aku akui aku insan yang kerdil dan serba lemah, penuh dengan dosa, jika aku di beri umur yang panjang , jauhilah aku dari kecelakaan dan kesengsaraan, tunjukkan lah aku jalan yang di redha Mu..
Tapi kini semangat aku semakin lemah.. fikiran aku semakin buntu, tubuh aku semakin lesu.. hanya doa dan airmata menjadi harapan aku dengan redha Mu.. berilah aku kekuatan menjalani kehidupan ini.. izinkan lah aku mencari ketenangan di dunia ini, bawalah aku ke jalan yang lurus . tunjukkan lah aku hakikat ketenangan yang hakiki..

s84 cf9 accord putih...

Gambar kereta accord aku, kaler putih, ada modal akan jadi biru .. dan melunjur laju.. hehehe...





layan perasaan lagi skali ..


SAVE ME BY QUEEN.. lagu sedeh ni.. woooo...

It started off so well
They said we made a perfect pair
I clothed myself in your glory and your love
How I loved you,
How I cried...
The years of care and loyalty
Were nothing but a sham it seems
The years belie we lived the lie
I love you 'til I die
Save me, save me, save me
I can't face this life alone
Save me, save me, save me...
I'm naked and I'm far from home

The slate will soon be clean
I'll erase the memories
To start again with somebody new
Was it all wasted,
All that love?
I hang my head and I advertise
A soul for sale or rent
I have no heart I'm cold inside
I have no real intent
Save me, save me, save me
I can't face this life alone
Save me, save me, ooooohhhhh...
I'm naked and I'm far from home

Each night I cry I still believe the lie
I'll love you, 'till I die

Save me, save me, ohhhhhh, save me
Don't let me face my life alone
Save me, save me, ooh...
I'm naked and I'm far from home

layan perasaan jap....



jom layan perasaan jap, vokalis terbaik bagi aku, vokal yang tak de sape leh celen lagi... freddy mercury..

Love Of My Life Lyrics

Love of my life - you've hurt me
You've broken my heart and now you leave me
Love of my life can't you see
Bring it back, bring it back
Don't take it away from me
Because you don't know -
What it means to me

Love of my life - don't leave me
You've stolen my love and now desert me
Love of my life can't you see
Bring it back, bring it back
Don't take it away from me
Because you don't know -
What it means to me

You will remember -
When this is blown over
And everything's all by the way -
When I grow older
I will be there at your side to remind you
How I still love you - I still love you

Ooooo
Hurry back - hurry back
Dont take it away from me
Because you don't know
What it means to me

Love of my life
Love of my life ...
Oooh, ooooh...

cuti cuti malaysia

salam, dah 4 hari aku lalui tanpa aktiviti yang bermanfaat melainkan makan tido, surf internet, belek kete check ape benda yang nak kene repair lagi, cuti lak ada lagi 5 hari, rasa nak melancong tapi g mana ek, pastu takkan lah nak g sorang sorang, nak ajak mak aku, leh plak mak aku amik tender masak seminggu ni, tak leh la mak aku tinggal kan rumah lama lama, setakat nak g soping malam2 bleh la kot.. tengok lah sehari dua ni camner, agak2 dah sengal sangat.. packing baju g la mana2.. utara ka, selatan ka.timur ka, janji jalan.. tu pun kalau ade member la, ( member mana lak cuti seminggu cam aku ni, ) mesti korang ingat aku keje cikgu kan. silap der.. keje kilang jer.. kilang aku bab cuti memang best, nanti bulan 5 ade cuti seminggu lagi, adakah kene plan awal2.. tengoklah camner..

p/s : nak ucap takziah pada member2 kita yg dalam kesusahan akibat bencana gempa dan tsunami kat sana, aku percaya korang pasti akan bangkit seperti masa2 yang lepas.. penah menjejak kaki jepun 4 taun lepas, so rasa istimewa gak jepun di hati, keje lak kat kilang jepun, pakai kete jepun,, im with u japan.. peace

putihmeluncurlaju

rasa dah tak sesuai dah tajuk blogger aku skarang ni, korang tau kan blogger ni aku dedikasi kan sempena dengan kereta aku yang kaler biru tu, tapi skang dah kereta tu aku dah kasi adik aku, plak aku dah pakai keter kaler putih championship, kira ada percanggahan prinsip la plak skang, tapi takan aku nak buat blog baru, ermm takpe arr, at least aku memang minat kaler biru ni, moto pun still kaler biru, jasa si biru takkan ku lupakan, biarlah si putih meneruskan legasi ku , walaupun banyak yang nak kene repair lagi ni, almaklumlah .. kereta da berbelas tahun, nasib baik utang 4 taun je lagi, cukup tahun.. beli baru la kot kalau ade rezeki.. nanti ade masa aku update gambo kereta putih aku. choww..