mimpi

sehari dua ni aku dapat mimpi yang tak berapa enak bagi diriku, mula mula aku ignore jer tapi bila dah beberapa kali datang dalam tidurku, rasa takut juga la, macam ada petanda yang nak sampai. di ringkaskan cerita someone yang penting dalam hidup aku pergi meninggalkan aku dalam mimpi tu. kira meninggal dunia la, sebab tak pasti tapi aku sempat la tgk dia di kafan kan dan sempat la tatap wajahnya buat kali terakhir. sebab risau sangat aku try la surf dalam internet ni  pasal tafsir mimpi. alhamdulillah kira positif jugak la mimpi aku tu, orang tersebut akan beroleh umur yang panjang. @ akan pergi jauh meninggalkan aku tapi aku rela asalkan dia bahagia....... :)

kabus semalam...


Kenangan itu bagaikan baru semalam kulalui, setiap saat dan ketika pasti akan terbayang bayang di kotak fikiran ini. Jika dahulu aku sering  tertanya tanya kenapa aku tidak bertuah seperti insan yang lain. Namun bukan kuasa aku untuk memberontak, menentang dan menyalahkan takdir. Aku percaya setiap yang berlalu ada hikmahnya. Jika aku diberi peluang kedua , aku pasti akan melakukan yang terbaik asalkan tidak hilang perasaan itu dari jiwa dia. Sejak aku kehilangan dia, aku kehilangan hampir seluruh jiwa dan perasaan aku. Hari hari yang ku lalui bagaikan dalam kepura puraan . Setiap senyuman ku kini bukan lah senyuman yang aku pernah rasai dan jiwai. Perasaan ku kosong, sepi dan kontang seperti kontang nya gurun sahara.Bagaimanakah hendak ku lalui dugaan yang pasti lebih mencabar dari ini dan hari hari yang mendatang..Oh hati kuatlah, kawal lah perasaan ini, tenangkan lah fikiran ini.terimalah segala gala ketentuan Nya.. Pasti akan ada sinar di sebalik kabus semalam.... Amin

salam aidil fitri 1433

selamat aidilfitri 2012 ke pada sume umat islam di seluruh dunia dan malaysia khasnya, semoga peroleh keberkatan di ramadan dan syawal ini, aku plak seperti tahun tahun yang lepas, sambutan biasa je lebih lebih lagi bila semua member dah mempunyai keluarga masing masing, takda la nak merapu kehulu kehilir raya tahun ni macam 4 5 tahun yang sudah, ohh bosan nyer.. nasib takde kampung kan. dalam org lain sibuk balik kampung dengan buat persiapan raya, aku pergi bantai tengok expendable 2 dengan step up revolution secara solo, pastu beli novel legasi pejuang untuk mengisi masa lapang di musim cuti ini, tu baru nak raya pertama, ada lagi 7 hari lagi sebelum mula kerja.. hahaha.. aku rindu zaman kanak kanak aku ..

2012

ni post first aku untuk 2012, bizi ngan kerja n camry baru pun da selamat keluar, makinla betambah bizi life aku, kerja yang betambah tambah tanpa penambahan dalam pndapatan menyebabkan aku rasa semakin tak berbaloi kerja skang, nak carik keja baru pon kalau setakat kilang gak baik stay jer,  moral aku memang down giler sekarang ni, pasal hal peribadi dan kerja dan macam2 la, bnyk keputusan aku amik tanpa berfikir panjang sekarang, ramadan pun lagi seminggu jer. raya pula yang menjadi ganti. tak jauh dah.. umo aku 28 ke 29 hah.. yang pasti 30 dah dekat, walaupun jiwa still 18 lagi, ahahahah.. age is just a number kata org dan aku setuju, money is just a number camner plak, bleh di umpamakan sekali ker, tak kot, masuk tandas pun 30 sen skang joooo.. i have a dream to become a succesful family man tapi aim aku skang dah berubah, kenangan kat negara oorang sekarang bermain di fikiran aku, japan 2006 kenangan indah walaupun singkat, aku harap dapat skali lagi ke sana atas tiket individu pasni, ape baranag business trip. johan setia dah tak memberi kebahagiaan, mak abah je penguat semangat aku sekarang tapi usia diorang pun da berapa, setelah dorg tiada apa akan jadi pada aku, adik beradik???.. famili aku tak lah seerat famili korang.. ibu ayah je yang wat kami bersua muka. takde dorg aku pasti masing2 akan bawa haluan sendiri.tapi di mana haluan aku, hala tuju aku. .hari ni aku mc lagi, tahun ni pecah rekod aku mc dan absent, dah la seminggu berturut turut puna mc pun aku dah buat, sakit badan pasal kerja bukan suka suka jer nak mc tapi yang lain tu memang suka suka, sori la kalau ade yang baca coretan merapu aku kali ni tapi aku pasti takde yang baca, kalau terbaca tu bagi la hint skit kat bawah, coment pun dialu alukan almaklumlah, nak tanya ustaz mintak pendapat malu, mak ayah lagi lah so kawan2 je yang di harapkan, tu pon pasal aku tak kenal korang ngan korang tak kenal aku, kalau kenal wat2 tak kenal lah yer.. jumpa lagi di lain masa yer.. hopefull terdekat lah.. jangan 2013 dah la yyer.. mekacih. assalamualaikum