mimpi

sehari dua ni aku dapat mimpi yang tak berapa enak bagi diriku, mula mula aku ignore jer tapi bila dah beberapa kali datang dalam tidurku, rasa takut juga la, macam ada petanda yang nak sampai. di ringkaskan cerita someone yang penting dalam hidup aku pergi meninggalkan aku dalam mimpi tu. kira meninggal dunia la, sebab tak pasti tapi aku sempat la tgk dia di kafan kan dan sempat la tatap wajahnya buat kali terakhir. sebab risau sangat aku try la surf dalam internet ni  pasal tafsir mimpi. alhamdulillah kira positif jugak la mimpi aku tu, orang tersebut akan beroleh umur yang panjang. @ akan pergi jauh meninggalkan aku tapi aku rela asalkan dia bahagia....... :)

kabus semalam...


Kenangan itu bagaikan baru semalam kulalui, setiap saat dan ketika pasti akan terbayang bayang di kotak fikiran ini. Jika dahulu aku sering  tertanya tanya kenapa aku tidak bertuah seperti insan yang lain. Namun bukan kuasa aku untuk memberontak, menentang dan menyalahkan takdir. Aku percaya setiap yang berlalu ada hikmahnya. Jika aku diberi peluang kedua , aku pasti akan melakukan yang terbaik asalkan tidak hilang perasaan itu dari jiwa dia. Sejak aku kehilangan dia, aku kehilangan hampir seluruh jiwa dan perasaan aku. Hari hari yang ku lalui bagaikan dalam kepura puraan . Setiap senyuman ku kini bukan lah senyuman yang aku pernah rasai dan jiwai. Perasaan ku kosong, sepi dan kontang seperti kontang nya gurun sahara.Bagaimanakah hendak ku lalui dugaan yang pasti lebih mencabar dari ini dan hari hari yang mendatang..Oh hati kuatlah, kawal lah perasaan ini, tenangkan lah fikiran ini.terimalah segala gala ketentuan Nya.. Pasti akan ada sinar di sebalik kabus semalam.... Amin

salam aidil fitri 1433

selamat aidilfitri 2012 ke pada sume umat islam di seluruh dunia dan malaysia khasnya, semoga peroleh keberkatan di ramadan dan syawal ini, aku plak seperti tahun tahun yang lepas, sambutan biasa je lebih lebih lagi bila semua member dah mempunyai keluarga masing masing, takda la nak merapu kehulu kehilir raya tahun ni macam 4 5 tahun yang sudah, ohh bosan nyer.. nasib takde kampung kan. dalam org lain sibuk balik kampung dengan buat persiapan raya, aku pergi bantai tengok expendable 2 dengan step up revolution secara solo, pastu beli novel legasi pejuang untuk mengisi masa lapang di musim cuti ini, tu baru nak raya pertama, ada lagi 7 hari lagi sebelum mula kerja.. hahaha.. aku rindu zaman kanak kanak aku ..