Kembali Tersenyum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini merupakan post aku yang pertama untuk tahun 2013 ini setelah lama aku meninggalkan dunia blog. Bukan aku dah bosan tetapi cuma kurang semangat dan dorongan untuk mencoretkan segala luahan isi hati dan pengalaman seharian aku yang amat berharga , kalau ikutkan banyak kenangan yang telah berlalu yang ingin aku kongsikan kepada dunia luar sana. Aku baru lepas flashback segala coretan lalu semenjak dari posting yang pertama sehingga yang terkini, Banyak perkara yang telah aku lupakan kembali menerjah kotak fikiran dan membuat aku terkenang dengan segala kisah lama baik pahit dan manis, Yang ketara gaya bahasa dan coretan aku yang mula mula santai tetapi bergerak ke arah serius , mungkin seiring dengan perubahan usia aku .
          Tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada dalam usia 20 an dan genap bukan 12 ini akan mencecah ke alam 30 an. Perubahan fizikal aku memang ketara jika hendak di bandingkan dari zaman sekolah hingga ke zaman bujang terlajak ini. namun aku tetap menyimpan cita cita untuk kembali fit dan padat.. hehehe . Perkara paling penting aku nak kongsikan adalah aku sekarang berasa lega sikit la sebab aku dapat rasakan belenggu yang melilit jiwa seolah olah telah terungkai hanya dengan kehadiran seseorang di sisi , bibir aku kembali terukir dengan senyuman , sebelumnya walaupun orang sekeliling melihat aku ceria dan gelak ketawa tetapi  masih ada kekurangan yang aku sedar tapi aku tak berdaya untuk leraikan . Terima kasih hati kerana kembali kuat dan aku harapkan agar ia sentiasa tabah.. Terima Kasih Awak... 13/6/13 2315