Aku mahu bercerita

Petang tadi semasa sedang menunggang motosikal yamaha lagenda R1 ke tempat mencari rezeki, tiba tiba fikiran aku menerawang ke blog ni. Teringat yang aku da lama tak mencoret apa apa kisah merapu . Merapu bukan nya sampai tak terjangkau dek akal fikiran manusia dengan keajaiban alam (merapu dah ni).   Terapi merapu dalam kategori tak ada isi yang boleh dijadikan modal, iktibar, pengalaman, duit, kepada sesiapa yang terbaca.

Kenapa tajuk aku mahu bercerita, sebab aku rasa inilah medium untuk aku meluahkan apa yang ada dalam akal fikiran. Terkadang rasa rugi bila buah fikiran dan pengalaman yang berlalu tidak diabadikan dalam buku, diari, album, blog mahupun medium popular masa kini seperti facebook atau instagram. Alangkah indah jika pengalaman diri kita sejak dari saat kita boleh berfikir dapat diabadikan. Banyak kenangan pahit manis , kesedihan kepahitan, kehilangan boleh di kenang dan dijadikan panduan atau mungkin ketawa .

Mungkin sudah terlewat namun tiada penamat yang nyata dan aku mahu bercerita lagi akan segala pengalaman masa akan datang. Aku gembira dengan bercerita. Gambar di bawah tiada apa terkait dengan kehidupan aku, hanya sekadar gambar kosong tanpa kata tetapi jika disulamkan kisah cerita dan momen momen tersurat mahupun tersirat, banyak jalan iktibar atau kontroversi boleh di adun dan di debatkan. Sekian







Isnin 2 Ogos 2016
4.53 pagi


0 comments:

Post a Comment