Kenapa saya tak jadi jutawan

Sebelum aku bercerita lebih panjang, aku pasti majoriti di antara kita semua bermimpi nak jadi jutawan. Kepada yang berjaya tahniah dan kepada yang masih berusaha juga tahniah dah teruskan usaha. Tajuk di atas bukannya bermaksud aku hendak berkongsi tentang diri aku yang tak jadi jutawan. Ia hanyalah tajuk buku yang aku baru habis baca pada hari ini hasil nukilan dr nik rahim nik wajis.



Pertama kali aku tertarik dengan buku ni kerana tajuk nya yang bagi aku lain dari yang lain. Masa tu aku tengah membelek buku buku di sebuah pusat beli belah berhampiran dengan rumah. Terus aku baca sipnosis dia di bahagian belakang, tengok harga dan belek isi sikit. Ya aku suka belek isi dalam buku kerana selain daripada nak tengok bab-bab yang ada. Aku juga tengok jenis perkataan @ font dan warna. Kalau berwarna warni dan perkataan yang jarang2. Aku selalunya tak beli. Aku suka isi buku yang padat biarpon tak bergambar.

Buku ini menceritakan kisah peribadi penulis tentang pengurusan kewangan. Bagaimana penulis menceritakan aspek aspek yang mungkin jarang dikupas oleh penulis lain dan semuanya berdasarkan kisah yang penulis sendiri lalui. Penulis tidak malu malu untuk berkongsi cerita tentang kelemahan atau kesilapan diri demi untuk memberi kefahaman kepada pembaca tentang ilmu-ilmu yang ingin disampaikan. Bagi aku itu adalah sesuatu yang berani kerana tidak ramai yang suka bercerita kisah sendiri lebih lagi jika melibatkan kesilapan atau kegagalan. Pembaca mungkin akan tidak bersetuju beberapa point yang di sampaikan tapi secara keseluruhan ia adalah sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama masyarakat. Aku sendiri terbuka mata bila baca buku ini. Banyak pengetahuan yang boleh di ambil dan di praktikkan untuk meningkatkan ilmu tentang pengurusan kewangan. Apa-apa pun ini adalah pendapat peribadi aku dan orang lain mungkin ada pendapat tersendiri. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat kecuali tokey tokey skim cepat kaya, pusat beli belah dan tokey kedai jual kereta.

Sekian


34 Tahun 2017




Setelah 8 tahun menulis di blogger.com, ini adalah posting aku yang ke 90 , pertama untuk 2017, tak produktif tetapi masih sayang nak melepaskan, kalau dahulu pc jadi tempat mengarang, kini smartfon telah mengambil alih tugas , teknologi telah memudahkan hampir segalanya. Segala gala hanyalah di hujung jari jemari. Semoga aku akan lebih rajin menulis di blog yang daif ini

Tahun 2017 tidak banyak membawa perubahan berbanding tahun tahun yang sebelumnya . Aku masih sendiri ditemani ibubapa, masih berhutang keliling pinggang yang tidak pasti bila akan surut, perbezaan nya adalah uban di kepala yang semakin banyak dan perut yang semakin kedepan. Sejak remaja lagi rambut aku dah beruban tapi bila da banyak macam sekarang ni, rasa risau pon ada. Risau dah beruban pon tak kahwin kahwin lagi.

Hari ini adalah hari pertama tahun baru islam, tidak banyak yang aku rancangkan , cuma mahu berubah menjadi insan yang lebih baik. Banyak kesalahan dan dosa diri ini sepanjang bernafas di bumi tuhan. Semoga keimanan diri ini bertambah mengikut pertambahan usia.

Sekian..